JANGAN KLIK !

Friday, December 28, 2012

6
Komen
TUTORIAL : GAMBAR MENBESAR BILA MOUSE SENTUH

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤


Assalamualaikum ,




*comel tak muka saya #_# *






Ya adik-adik hari ni kita bertemu lagi dengan tutorial yang semua orang dah tahu. Tutorial yang pakcik nak ajar hari ni adalah GAMBAR MEMBERSAR BILA MOUSE SENTUH . Tutorial ini sangat mudah, sedangkan nenek pakcik pun praktikkan tutorial ini  =.='




Okay sediakan pen dan kertas kalau korang duduk kat alam ghaib. Kalau korang duduk kat alam maya macam pakcik ni haa just copy je entry ni. *pakcik kuat merepek T_T*




Dengan tidak membuang masa, pakcik pun mulakan tutorial.





LANGKAH 1 :   Log in Blogger.com > Dashboard > Design > Edit HTML

LANGKAH 2 :  Jangan lupa klik 'expend'

LANGKAH 3 :  Tekan Ctrl F serentak & cari kod ini :



<head> 


LANGKAH 4 :  Copy kod kat bawah ni , kemudian paste di bawah kod kat 'LANGKAH 3' tu .


  <style>
.post img:hover {
-o-transition: all 0.3s;
-moz-transition: all 0.3s;
-webkit-transition: all 0.3s;
-moz-transform: scale(1.2);
-o-transform: scale(1.2);
-webkit-transform: scale(1.2); }
</style>





LANGKAH 5 :  SAVE !

LANGLAH 6 :  SIAP ! & gambar anda dah boleh besar kecik besar kecik ZZZZzzzzz .






p/s : harap-harap murid-murid dapat ikut pembelajaran hari ini ^.^








Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Wednesday, December 26, 2012

2
Komen
#December Coming hoiii !

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



Assalamualaikum


Hai Hai Hai December ! hai pembaca setia blog yang tetap setia menatap entri-entry dalam blog aku ni yang dah busukkk HAHAHAK . Gila bapak lama aku tak update blog aku, tapi apa aku kesah kan. *ayat cliche gila* .




Perasan tak ? Korang perasan tak bila aku update status je, i mean update blog (malas nak delate typing error) mesti ade ayat sadis aku lama tak update blog kan. menguap doplohnam kali nak baca kan, bosan kan blog pakcik.




Okaylah , kita semua sedia maklum kan sekarang kita dalam bulan December kan. It's the end of the world YEAR ! sapa la yang sibuk cakap kiamat 21.12.12 tu haaa. Aku pulas pusat korang macam Cikgu Jasmin Janan, cikgu matematik kesayangan aku time sekolah SMT Leboh Cator merangkap Guru Matematik Terbaik Negeri Perak (kalau tak salah) tu buat kat pusat aku time aku dapat markah rendah dalam ujian percubaan seterusnya dapat A1 masa SPM ! huhhh . SILA-BACA-DALAM-SATU-NAFAS




Haaaa memandangkan ni bulan December, aku pun nak buat summary untuk  BLOG JIMMY JIMMBOO nihhh *kemmain*



enjoiiiissssssss









yeheyyyyy bulan ni aku dah dapat genapkan visitors blog aku. Akhirnya cecah gak angka 40,000 ni walaupun, walaupun aku-jarang-update. Susah gila kan nak tengok aku update blog hahahak. Bagi aku, okay lah ni hurmm kalau blog famous amos tu setakat 40,000 ni visitor untuk sehari je apa kan. hebat betul . Memandang kan blog aku ni blog picisan je, dapat sehari 100 visitors tu pun dah cukup happy dah tu ^.^







okay gambar atas ni pulak statistik. haa kemmain ayat . Ini pageview entry-entry aku yang telah selamat di-publish dan di-view oleh pembaca-pembaca blog aku sampai hari ni Selasa, 26.12.12 :)





YANG PENTING ! Top entry aku tu adalah hasil nukilan aku sendiri errrr krikkk kriiikkk , ermm sebenarnya tak adalah nukilan aku sangat pun. Aku pun godam buku resepi ibu aku. Ni resepi rahsia tahu tak. Tapi untuk pembaca blog aku, aku sanggguuup ye sanggup bocorkan *tetiba* okay kalau nak baca entry tu boleh klik kat SINI






tudiahhh aku siap letak link skalik untuk memudahkan korang masuk kat entry aku ni haaa. tak ada la nanti korang terkial-kial mencarik mana popular post blog aku *matilah riak* . okay cepat terima kasih kat aku ;;)
hehehhee












okay bye


p/s: aku nak makan jap, lepas ni aku update lain ye makcik . muahahahaa










Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Friday, December 7, 2012

0
Komen
#Yeayy Yeayyy *lompat bulan*

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



Assalamualaikum



okay agak terencat jugak la tajuk aku tu. Kali ni aku tak nak lari dari tajuk dah macam entry entry aku yang lepas. Tajuk lain, tapi entry nun jauh ke selat tebrau *feeling masuk Singapore naik bas (T_T) *




Look, aku dah terposong. Cepat sesiapa tolong tunjukkan aku jalan yang lurus (T_T) *betulkan popiah dari Mekah made in Medan*




okay Taraaaaa ! kagum tak tengok Header baru aku . Okay , cer tengok kat bawah ni, Kat bawah ni header lama aku .


Zassssssssssss .




okay ni header lama aku. 




KOMEN AKU :   


1.Muka aku agak hina di situ.
2. Bibir aku macam besar boleh buat alas kaki dah,
3. Ponggong aku besarr macam Kim Dardisiann *aku tau ejaan aku salah*
4. FAILED.
5. Ku sangkakan ini lah Header yang paling ohsem yang penah aku reka. puihhhhhh








atotototoo ni Header baru akuuu *mengalir air mata*





KOMEN AKU :  


1. Cantik dan kacak plus maskulin sangat .
2. Sungguh eksklusif sangat se-eksklusif aku .puihhhh
3. kombinasi warna yang agak sejuk mata memandang.
4. Designer ni harus DI KETENGAHKAN !





matilah aku kalau komen-komen tu juri Vokal Bukan Sekadar Rupa yang komen. Mau berpusing-pusing telinga aku dengar tohmahan demi tohmahan yang di lemparkan . sobs sobs . Yeah , macam yang semua blogger akan buat. Header ni bukan la sesuatu yang kekal se-kekal 'lemak dengan perut' . faham tak maksud aku ? Susah la cakap dengan orang yang tak menjiwai bahasa ibunda ni. okay lah bye lah *tutup suis laptop*



p/s : terus download Header baru buat wallpaper henpon .zzzzZzzzZZZZ








#next entry#







Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Wednesday, November 21, 2012

1
Komen
#Bye Bye Hai Hai

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



Assalamualaikum , hai saya Jimmy -,-  *krikk krikk bunyi cengkerik doplohnam saat*




bosan dohh cuti sem, hari hari keje aku main rabbit, ketap-ketap gigi sebab geram dengan rabbit aku yang fluffy tuhh ! ohh geram betul . eh cakap pasal rabbit, aku baru teringat yang dekat entry aku yang lepas lepas aku aku ade cakap pasal rabbit aku kan. okay kali ni aku nak tempek sepam dua gambar rabbit aku yang hot meletop macam Mak Jemah tu hoiii .





dari kiri : Cik Tengku Cetokin Xaara dan Puan Exara Abu Dharbi 






nama masing masing tak nak kalah masa register kat Jabatan Pendaftaran Haiwan Comel hari tu. Okay la tu kan . Zzzzzzzzzzz...






hye walaupun kami lain warna, tapi kami sebangsa -,,-







tengokk tu grrrrrr geram betul aku tengok wajah wajah binatang bajet comel ni. paling best kan bila kita dekat dengan dia , lepas tu dia berdiri. auuuwwwww soo sweetttt *kesat air mata*





mereka berdua ni kan pantang aku datang , lepas tu bawak keluar alfalfa (makanan rabbit) . laju je mereka mereka ini datang dekat aku sambil buat-buat pusingan kat dalam reban tu. faham tak ape yang aku dah sampaikan kat sini ? jangan cakap tak faham. aku ni garang sebenarnya . Zzzzzzzz .



okay lah, bosan betul sembang macam orang bodoh je depan lappy ni . arghhhh . Seriously rasa cam bongok je taip blog sengsorang kat sini muahahaha. aduhh macam mana la nanti kalau ada job dari TV3 suruh aku mengacarakan sesebuah rancangan berbentuk dokumentari. kena cakap depan kemera sorang sorang, cakap sorang sorang. ohh tidakkk aku (mengapa ayat aku ni skema terukkkkk) . *overnya aku*



maaf, saya tak terima job dari stesen televisyen TEMPATAN . Kalau Oprah nak amek aku ganti dia pun aku kena fikir doplohlapan tahun baru aku boleh buat keputusan. Ohhh, ini kan TV3 . pleaseeeeeee 



okay sebelum aku melabuhkan tirai kain pelikat aku ni, suka saya nak masukkan skali gambar saya. DAH BLOG AKU SUKA HATI AKU LA NAK LETAK GAMBAR SESIAPA PUN KAN ! *ohh lihatlah aku dah marah*








*gelinya tengok watermark aku haha*





ehh cakap pasai watermark ! baru aku ingat satu benda . okay tunggu next entry aku cerita pasal Pentingnya WATERMARK !!!





p/s: aku sebenarnya nak update pasal header baru aku , tetiba gambar Tengku Cetokin pulak yang di muat naik . sighh =..=





Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Friday, October 5, 2012

1
Komen
#Perhatian kepada Pelajar UiTM semalaysia *cara nak dapatkan Kad Siswa 1Malaysia (KS1M)

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
Asssalamualaikum :)

ini ape yang aku tau hari tu, ayahanda Uitm,  Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sendiri yang update kat Facebook fanpage beliau.






Kad diskaun siswa 1M telah dlancarkan oleh DS A Husni Menteri Mentor UiTM di kampus Puncak Alam. Pelajar UiTM S Alam boleh dapatkan kad tersebut di Pejabat Bendahari Zon fakulti masing2 mulai Isnin 8 oktober. Untuk kampus lain dapatkan dari pejabat Bendahari kampus masing2. Good night everyone.-sumber




lebih kurang macam ni la kad KS1M ni 





untuk maklumat lanjut berkaitan KDS1M ni sila layari lamann web kat atas ni ^.^ 






*tak sabar nak guna* hehe




ps: ada masa nanti aku post pasal company-company yang terima kad ni okay. byee *lambai-lambai

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Thursday, October 4, 2012

2
Komen
#(GAMBAR) 7 Kereta Mewah Idaman Kalbu

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



Assalamualaikum.



okay, sekarang ni student student Diploma UiTM dalam mood FINAL EXAM , kecuali aku. muahahahaa.
Aku je dalam mood mengidam. Mengidam sports car auuchh . Gila kentang bile tengok sportscar ni. Okay, kali ni aku tunjuk sebahagian dari sportscar idaman kalbu yang MEWAH + MASKULIN ! Kali ni aku post sedan dulu ye. Lepas ni kalau panjang umur pakcik post kereta pick-up pulak ye. Pakcik sebenarnya minat gak kenderaan pick-up ni. 4 X 4 contohnyaa , sangat awesomeeeeeeeee *tetiba jadi pakcik*


Aku letak gambar ni ikut rangking dari kereta yang tercorot kepada yang paling awesomeeeeeeee....




#7 : mampuu aku letak Porche no.7 ? ahahahha






#6 : Merc ni okay, dah awesome dah tapi untuk ranking dalam blog aku ni ,maaf anda di no. 6 .







#5 : BMW ni nampak eklusif kan kan. kalau aku drive lagik eklusiff ^,^





#4 : jatuh kepada pasangan kembar ni, Subaru BRZ and Toyota 86 sangat maskulinnn. and kereta ni dah ade pun kat Malaysia. Aku dah tengok dah Toyota tu je, memang berdarah hidung tengok ahaks. (dua dua pakai enjen Subaru)





#3 : AUDI R8 ! My Fav ! *ketar lutut*






#2 : yeahhhh AUDI R8 Biruuuu *tepuk tangan*








#1 : jatuh kepadaaaaaaa *bunyi siren ambulan* jeng jeng jengggg . 
AUDI R8 lagikkkk *kesat air mata bangun tepuk tangan* 




ps: okay dah sekian sahaja review kereta kita pada episod kali ini, kita akan berjumpa lagi dengan entri pasal truck pickup pulak eh. *feeling blog Paultan = ='' . (pecut guna AUDI R8 , tataaaa )  




Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Monday, October 1, 2012

2
Komen
#BAJET 2013 #Okay Berita Gembira Untuk Aku, Kawan-Kawan Sebaya dan Yang Masih BUJANG

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤




Assalamualaikum.

Okay malam ni aku nak update sikit je sebab ape ? sebab aku seronok *sendiri tanya sendiri jawab*
Aku baru tau sebenarnya pasal benda ni . Sebagai seorang remaja lelaki separuh kacak yang kian meningkat  dewasa di usia 21 tahun, saya yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di persisiran DESA... *okay bab ni sedih T.T *




*****************KESAT AIR MATA DOPLOHPAT HARI******************



....saya yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam tempatan (IPTA) , bakal mendapat dua daripada bajet-bajet yang di bentangkan oleh PM kite tempoh hari *tepuk tangan*




Penuntut IPT juga layak dapat BR1M 2.0

KOTA BHARU: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 21 tahun ke atas turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) bernilai RM250, dengan pembayaran bermula Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata golongan berkenaan layak kerana tidak mempunyai pendapatan bawah RM2,000 sebulan. Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra anjuran Majlis NGO Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kelantan, di Tanjung Chat.  -sumber






*nak beli Scirocco nah macam ni (kira duit syiling) ==''






p/s:  Kesimpulannya disini, aku akan dapat Voucher Buku 1Malaysia dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0) . *wahh kayoo pokcikkk weyyyy HAHA*





Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Wednesday, September 26, 2012

0
Komen
#Blogspot Jahat

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



errrrr , Assalamualaikum.

Betul ke ni, macam tak percaya je . Ni aku tengah taip untuk bloggie aku ke T.T
Apesal kau dah berubahh wahai kak blogspot ! kekoknya saya nak update blog haishhh.
Aku syak ni mesti kak blogspot ni mogok sebab aku dah lama tak update blog aku. heyy , kau sapa haa, suke hati aku la nak update bila-bila masa yang aku suka *baling lesung batu ke arah kak blogspot* (maafkan saya senggugut hari ni) sighh = =''


Macam-macam kerumitan time aku nak bukak blog tadi.



berdebah betul laaaa , makan masa berjam2 nak upload gambar ni. Line putus-putus. nak je aku tomoi telekom ni. caissss = =''



huhh tengok tu , ni time aku nak bukak blogspot.com , katanya kena ubah setting dulu . aku dah risau dah. mana tau pengasas Bloggspot.com ni iri hati kat aku sebab aku kan berpotensi untuk menjana pendapatan yang lumayan dari nuffnang . So, dia pun block blog aku . wahh hebat tak imiginasi aku . *sangat sadisss*








Hye kakak blogspot, mengapa anda menukar profile blogspot ni haa. tau tak susah kitew nak update belogg niii. haishhhh . bertambah malas la kitew nak update blog nanti. macam mana kalau peminat kitew marah *menguap zzzzzz *


okay lah , bye lah. kite ade keje lain nak buat . FINAL exam ade dekat CORER ! orang study week duduk kat UiTM study bersama rakan-rakan tapi aku balik rumah study depan laptop T.T



p/s : Doakan saya dapat pointer tinggi tau sem ni. aminn . pas ni kalau ada masa aku update lagi eh . *tik tok tik tok .






Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Saturday, August 11, 2012

0
Komen
#Dato Siti Nurhaliza Ambik Lesen Di JPJ Zaman Muda Mudi ?

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



Assalamualaikum Jimmboorian,



erkk Jimmboorian ? belasah je la.. Okay, berbalik pada tajuk diatas nih bukan saje korang yang terkejut, aku pun sama naik tergolek bila tengok gambar Mak Iti aku ni. Kalau tengok kat gambar bawah ni ade tulis gambar ni amek time tahun 2000. Almost 12 years back yawww. Kalau di congak-congak time ni umur aku baru 9 tahun , comel ala-ala Mia Sara Nasuha versi lelaki gitu. kehkehkeh. Sebelum aku di cop plagiat (T.T) , di sini aku sertakan link abang blogger yang aku copy gambar ni (www.mrjocko.com) . Aku pun tak pasti mana abang ni dapat gambar ni, mungkin dari henpon Mak Iti sendiri atau mungkin abang ni bersama-sama sengan Mak Iti masa kat JPJ ni. Tu semua kita tak tau ( ''-'')

so, enjoice the showww                 =______________________=




Dato Siti naik moto EX5 okay, sangat eklusif untuk tatapan blog saya ;;)




mampu ?? kau mampu tersenyum time bawak moto  dalam tengahari rembang macam nihh?



mungkinkah ini kereta pertama yang Dato Siti pandu? Itu semua kita tak tahu. ( -00-)


beepp beep beepppp *bunyik reverse sensor*



p/s : Aku sendirik masih tak percaya tentang kesahihan gambar ni. Mana tau edit guna photoshop ke kan.  Saya harap Dato Siti sudi komen sepatah dua kata di ruangan komen blog saya ni .okay bye 
Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Sunday, August 5, 2012

0
Komen
#Chong Wei Tewas Di Tangan Lin Dan | Baskin Robins terpaksa di lupakan T.T

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤


London – Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak buat Malaysia setelah tewas 21-15, 10-21 dan 19-21 di tangan pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki Olimpik 2012 di London sebentar tadi.
Ini merupakan pingat peraknya yang kedua setelah tewas kepada Lin Dan dalam acara sama di Sukan Olimpik Beijing, empat tahun lepas.
Chong Wei menang set pertama, yang menyaksikan pertemuan yang ke-30 antara dua jaguh ini, 21-15 dalam 26 minit.
Beliau beraksi pada Sukan Olimpik 2012 London sebagai pilihan pertama dan membawa harapan negara untuk membawa emas

Chong Wei kalah dalam set kedua 10-21 dalam 20 minit dan disusuli set ketiga 21-19.
Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Friday, July 13, 2012

0
Komen
SEDUTAN UNTUK EPISOD YANG AKAN DATANG .

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
Assalamualaikum
Salam Readers , Bloggers , Peepers dan Salam 1Malaysia.

Dah lama sebenarnya aku tak update blog ni. Bukan niat taknak update tapi taktau la nak cakap macam mana. Walaupun jari tu dah klik Blogger.com, namun perasaan nak update blog tu masih menebal mempengaruhi aku untuk terus membiarkan blog aku usang di telan musim durian.

Okay, cukuplah dengan mukadiamah yang cukup mencarut . Semperna hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama berfikiran comel macam saya ::)

Semperna menyambut kejayaan Kerajaan Jimmy Jimmboo yang telah menyambut kedatangan visitors nya yang ke 33,333 pada tanggal 12 Jun 12 yang lepas. Saya selaku penaung blog ini ingin mengucapkap ribuan terima kasih yang tak terhingga , sehingga menjilat jari kepada semua yang terlibat secara siaran langsung mahupun yang tak diundang . Sesungguhnya kedatangan anda ke blog aku telah mengundang kenaikan duit kat Nuffnang aku sebanyak RM 5 macam tu la. Alhamdulillah rejeki bulan Ramdhan yang bakal menjelang barangkali =..=  

Tanpa berlengah lagik, aku dengan bangganya sambil membetulkan hidung yang sudah tidak terkawal kembangnya ini ingin menunjuk-nunjuk kepada kau orang bukti blog aku dah ade #30,000 ++ pelawat wooooo...  **sangat poyo, maafkan saya**



*printscreen untuk bulan May *.* 







*pageview untuk hari ini...... *


bangga duaratusminit. kalaulah 33,384 tu dijadikan duit .....   33, 384 = RM 33, 384 tak ke kayoo dah pokcikkkk :D  *senyum sehingga ke jamban*





aku pun tak pasti sebenarnya kenapa orang masuk blog aku.
antara tersesat masuk ataupun orang tu tak betul
*matilah mengeji visitors blog akuhh*







ni ha sampai 100 orang ni mana sesat kau orang ?




okay bye, tu je nak habaq untuk perjumpaan hari ni. untuk entry akan datang aku akan tunjukkan rabbit aku yang SUPERRRRR GEBUUUU *muahh sikit *
sebagai penutup, mari kita saksikan sedikit sedutan daripada episod yang akan datang... roll cameraaaaa ...


**HYEE SEMUA, NAMA SAYA CETOKIN. SAYA 2 BULAN, SAYA BERDARAH KACUKAN TAWW. SEKARANG SAYA BEKERJA SEBAGAI PENJUAL DODOL SEMPERNA BULAN RAMADHAN INI **

KBYE.





Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Wednesday, June 6, 2012

2
Komen
#Bila Pelajar Saudi Dah Kaya Sangat

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
Dhiaa Al-Essa (22) ialah anak seorang ahli koporat Saudi yang bernilai 2.4 billion Dollar.Walaupun baru berumur 22 tahun Dhiaa mempunyai kolejsi kereta mewah bernilai USD 12 juta. Baru-baru ini Dhiaa sanggup membayar USD 461 000 untuk sebuah Lamborghini LP700-4 Aventador. Ini ialah USD 71 000 lebih mahal dari harga pasaran. Sebab beliau membayar lebih? Supaya dapat menjadi orang Saudi pertama memandu kereta keluaran terhad ini di Arab Arabia. Yes u read that right chaps! Dia bayar mahal untuk potong que menunggu yang kita selama 18 bulan! Apabila ditemuramah Dhiaa berkata;


"Saya mahu menjadi orang yang pertama di Arab Saudi yang memiliki Aventador. Sudah tentu ada pertandingan tetapi bagi saya secara peribadi tidak persaingan untuk menunjuk-nunjuk, saya hanya suka kereta - dan jika anda mahu menjadi yang pertama, anda perlu bekerja keras dan membayar lebih."



Antara kereta yang mamat ni ade :

 Bugatti Veyron Super Sport, Koenigsegg Agera, Rolls-Royce Coupe, Rolls-Royce Phantom, Range Rover (2x), Mercedes McLaren SLR, Lamborghini Gallardo, Lamborghini Gallardo Superleggera, Lamborghini Murcielago P640, Ferrari F430, Ferrari 599 GTO, Ferrari 599, Ferrari 458 Italia, Ferrari California, Ferrari F430 Novitec Rosso, Porsche 997 Turbo, Porsche 997 GT3 RS, Porsche 997 Turbo Spyder, Porsche Cayenne Turbo, Porsche Panamera Turbo, Bentley Continental GT, Mercedes S65 AMG, Mercedes G55 AMG, Mercedes E63 AMG, Mercedes CL65 AMG, BMW M5, BMW X6M, BMW X5M, BMW 760LI, Audi R8, Audi A8, Lexus LS460, and Maybach 62.

































Juga telah diselit dalam satu majalah.










Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Sunday, June 3, 2012

30
Komen
#‘Disneyland’ Ipoh *kau ado ? hikks

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca blog gua yang semakin meletup . hakhakhak tuihhh.






wokeh, kali ni gua nak copy paste satu article dari myMetro yang telah membuatkan jantung gua berbunga-bunga. hiks . Ipoh akan membina Disneyland . Disneyland tu gua taktau la cam mana kan. Macam kat Hongkong ke Paris ke itu gua takkau . Tapi menurut sumber bacaan gua , Disneyland yang di gembar gemburkan tu mungkin lain dari Disneyland yang ada . Kat situ nanti akan ade kartun-kartun tempatan macam Upin-Ipin , Boboiboy , Gegurlgurl , Budak Getah, Lisa Surihani (kartunkah?) , Kluangman , JBman , Segamatman , Muarman dan lain lain BARANGKALI . kehkehkeh. Kalau la jadi pembinaan Disneyland ni kat Meru Raya Ipoh, jadi Malaysia akan ade Disneyland sendirik lah . Tapi mengikut tinjawan aku kat tapak projek baru-baru ni (aku ni arkitek ke pun -,-) , aku mendapati tempat yang di gembar-gemburkan tu memang sudah dikosongkan. Lokasi dia betul-betul bersebelahan Plaza Tol Jelapang . Memang sekarang kat situ macam padang pasir . Sapa yang nak merasai pengalaman di Padang Pasir , singgahlah ke Ipoh . Anda pasti teruja *tepok-tepok tamgan*




tanpa membuang masa, mari saksikan berita yang telah di muatnaik oleh Berita Online, myMetro bertarikh 2 Jun 2012 . ehhh semalam lahh. hiks . k enjoysss . kitew nak mandi , nak pergi kenduri makan nasik minyak banyak banyak pastu bergaduh nak cover perut tak boleh . tata *lambai-lambai tangan*





SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia.
Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu ‘fantasy forest’, ‘wacky world’, ‘pirates cove’, ‘lost canyon’ dan ‘pixel planet’, selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.
“Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu,” katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak.



*******************************************************************************



*hakhakhak . Kitew sengaja copy sekerat je , kalau nak tengok banyak-banyak klik je kat sini dan sini dan sini . Semoga terhiburrr . Adioss *sambung lipat kain*


P/S : lupa nak bagi tau harini 3 Jun ade Remy Ishak , Yasin dan Apek .

P/S ii : tak berapa pasti Yasin yang Senario ke atau Yasin yang penyanyi tuh , Apek jugak aku kurang pasti yang mana satu Saiful Apek atau Apex Khairul Fahmi .

P/S iii : tempat dia aku tak bagi tau pulak kan . Tempat dia kat Mydin Meru Raya . Pasaraya Mydin Terbesar di Malaysia.

P/S iiii : hiks saje sesuka-suka buat sampai iiii . kbye




Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Wednesday, May 30, 2012

0
Komen
#Lelaki Cerca Sultan Johor Beli ‘WWW 1′ , Tengku Mahkota Johor bertitah melalui akauTwitter Baginda.

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤


Assalamualaikum,

semua dah tau kan sapa yang dapat bid nombor plate 'WWW 1' tu. So aku tak payah nak jelaskan lagi sebab dengan adanya bantuan blog-blog yang aku follow, banyak informassi yang aku dapat daripada blog-blog yang memaparkan pelbagai informasi semasa
(ayat tak boleh nak macam perenggan pertama karangan SPM ke -,- )



untuk keterengan lanjut , sila cekidaut berita yang aku copy siap-siap kat bawah ni, enjoisss . hehe





Umum mengetahui Sultan Johor telah memenangi dan berjaya memiliki nombor plat kenderaan “WWW 1”dengan bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM520,000.Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar juga berjaya mendahului 9,999 pembida yang lain termasuklah Yang di-Pertuan Agong dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam proses pembidaan.Namun, sekarang ini, timbul pula keadaan kurang enak apabila seoranglelaki telah berani mencerca Sultan Johor apabila berjaya memiliki nombor plat kenderaan “WWW 1” itu.Lelaki tersebut telah mempertikaikan dari mana sumber wang yang digunakan oleh Sultan Johor untuk membeli nombor plat itu di laman sosial Facebooknya.Malah, dia juga berani mengeluarkan kata-kata kesat mengutuk Sultan Johor dan kerabat di-Raja yang lain.“Kenapa nak beli nombor plate samapi Rm5230K pasal nak no plate WWW1.. ****h punya Sultan.. That why I hate rotal people yng guna duit cukai rakyat semata-mata nak beli benda2 x guna. no plate WWW1 buat dia masuk syurga ke? Kalo la Rm520k buat amal jariah bukak sekolah tahfiz ke.. pahala dapat berganda2.. aku ada tngok seorang yang miskin keje kuli2 susah payah kumpul duit derma tuk pembangunan sekolah tahfiz.. Moga beliau dicucuri rahmat,” tulis lelaki tersebut.


Ekoran tersebarnya status lelaki yang berani itu, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim telah membalas balik kenyataan lelaki itu di laman Twitternya.“JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials. The money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim. The purpose of these foundation (Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government. I my self, since the time I was Raja Muda, Never took 1 cent from the Government till this very Day. Its my Rakyat’s Money. So, before You Open you mouth. Do your research,” balas TMJ.Bagi penulis, apa yang dibalas oleh TMJ adalah benar dan tepat. Sebagai rakyat Malaysia tidak kiralah tinggal di negeri yang berbeza, seharusnya kita perlu untuk mempunyai rasa hormat kepada Sultan.Jadi, penggunaan kata-kata kesat untuk mencerca Sultan Johor adalah tidak wajar digunakan walaupun mempunyai rasa tidak puas hati.Justeru itu, lelaki tersebut haruslah berfikir secara ‘waras’ dan tidak perlu bertindak mengikut emosi hinggakan sanggup memuat naik status yang begitu berani mencerca Sultan Johor. -Sumber






Moral of the story : Jangan cakap main sedap mulut je . Mind Your Own Business (MYOB) (:
Kalau aku pun , dah ada banyak sangat duit , melempah-lempah apa ada hal setakat RM520k tu. ye dak ?
kbye .





Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Monday, May 28, 2012

4
Komen
#RAHSIA TAHI LALAT aka FLY SHIT SECRET .

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
Rahsia Tahi Lalat




macam  aku , aku tak ade tahi lalat . kehkehkeh




1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai


2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana





kbye. selamat menyiasat muka anda ::)





Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤