JANGAN KLIK !

Thursday, August 18, 2011

8
Komen
CIK EPAL GONJENG JENG JENG YANG RETISS TU DATANG BLOG AKU

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Assalamualaikumm semua peminat peminat i . omakkau! terkejut sampuk aku bile aku bukak dashboard usha usha kat comment tab aku tengok ada CIK EPAL komen blog aku yaww ...


 actually dah lama dah cik epal datang blog aku . saje nak peram rahsia ni diam diam .


siapa cik epal ? hish hish hish , blogger mantop ni wehh datang blog aku . Folower beribu riban . Jap jap nak tunjuk bukti .







perghh . sama sama Cik Epal , sama sama








retiss tak retiss la kan cik epal ni sampai folower 15,555 . memang la lawa angka tu . haihh . masa aku nak buat review blog cik epal ni jugak la folower dia lawa cenggini kan . okay stop .








sekarang aku nak tunjuk bukti cik epal pernah jejakkan jari kat blog aku . haa , cik epal pun pernah okay menjajah blog aku . CIK EPAL siap cakapgunajari pulak tu kat komen aku . tak caye ? tengok SINI SAYANG . jap jap bagi yang rabun ayam aku dah siap pint screen . biasalah over .












hai cik epal , saya encik ulat . gigit awak boleh ?








perghh perghh perghh .. tak percayakan kan kan ?? haa siap borak borak lagi tu . cik epal siap bagi tau lagi yang dia makan nasik sama macam aku . haaa .. dekat kaurang ade CIK EPAL bagi tau ? nan adoo .. kat aku je . janji kita serupa kan . MAKAN NASIK . =.=








Masalahnya sekarang , time cik epal dok komen aku punya entry tu aku tengah dok ashik(apesal spelling ashik ni pelik semacam je . suppose to be ASHIK ASHIK BUNDA PULANG) la gelabah g terjah menerjah entry CIK EPAL GONJENG JENG JENG yang lama lama . Lawok la entry awak cik epal . awak cerita sedih pun rasa macam nak gelak terguling guling atas laptop .Cik Epal Cik Epal , macam pelik je , i tengah baca entry u , u pulak baca entry i . u tau ke i ada kat blog you ? bukan satu komen tau , dua komen lagi tuuu.. wa cakap luuu... **poyo poyo



  


lagi satu cik epal komen time aku masuk Blog Baru Pilihan Popular (konon je la fofuler) . siap cakap Good Luck lagi . jangan risau aku dah print screen dah untuk korang . sabau sabau .

















julung julung kali blogger famous menjajah blog aku tau , sampai dua kali ni . 




malangnya aku tak berapa nak luck laa .. sampai stage ke-2 je pastu rank aku jatuh . tak ade orang undi aku .*undi keluar ramai la kot*









p/s : tengkiu cik epal sebab sudi luangkan masa dan tenaga jari awak untuk menjajah blog saya yang agak popular la kan . toce toce . eh jap , nak tanya ape rahsia blog awak jadi macam ni ?












ohoiii ... tak ada lagi ramai ke yang baca blog budak gonjeng ni . 252 orang tu weyy .



blog aku nak ada 2 orang baca pun payah . okay bye *malu








cik epal senyum senyum la selalu ye bila menjajah lagi blog saya ni okay . suka tengok cik epal senyum nampak GIGI dan GUSI . 



tak percaya ?



*sorry cik epal i tercurik gambar u



u potong lah tangan i *







ehsan google *okay tipu sebenarnya .










PSS : entry ni dah lama dah taip tapi segan megan nak publish . takut ramai yang jeyless . muahaha .
Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Tuesday, August 2, 2011

0
Komen
ELIA JEJARI RUNCING TAK TAHU KHAIRUL FAHMI PUTUS KAN TUNANG ??

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
ASSALAMUALAIKUMMM , 
SALAM RAMADHAN SEMUA . =)
korang puasa ke semalam ..
puasa , jangan tak puasa .. kalau tak puasa tak boleh raya tau .




Semperna Bualan Ramadhan yang berkat ni , aku nak berrr gossssip sikit ...
nanti kurang pulak puasa aku ni . okay tak ape . aku tulis je . korang bace sape yang suruh kann . okay bye ..




ape yang aku tulis ni bukan aku yang cakap okay , ni ape yang cik Elia , owner blogg Jejari Runcing tu .
seriousss aku rasa kesian sangat kat cik Elia tu . aku pun tak tau nak cakap ape sebab aku tak tahu ape sebenarnya yang terjadik kann ...




nah nah nah bace la sampai cacat 





KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.


“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.


“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.


Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.



“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.


Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.


Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).


“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.


Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.


Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.


P/S : aku still rasa macam tak percaya je dorang ni dah putus tunang . Sangat singkat tempoh dorang bertunang ni . mintak mintak semua ni cuma mimpi je . BOLEH ? Hope mereka kembali bersama and and KFCM tinggalkan orang ketiga seperti yang Cik Elia cakap tu okay . (*mintak mintak la ELIA & KHAIRUL FAHMI BACA ENTRY AKU NI *)
Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤