Assalamualaikum,
semua dah tau kan sapa yang dapat bid nombor plate 'WWW 1' tu. So aku tak payah nak jelaskan lagi sebab dengan adanya bantuan blog-blog yang aku follow, banyak informassi yang aku dapat daripada blog-blog yang memaparkan pelbagai informasi semasa
(ayat tak boleh nak macam perenggan pertama karangan SPM ke -,- )
untuk keterengan lanjut , sila cekidaut berita yang aku copy siap-siap kat bawah ni, enjoisss . hehe
Umum mengetahui Sultan Johor telah memenangi dan berjaya memiliki nombor plat kenderaan “WWW 1”dengan bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM520,000.Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar juga berjaya mendahului 9,999 pembida yang lain termasuklah Yang di-Pertuan Agong dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam proses pembidaan.Namun, sekarang ini, timbul pula keadaan kurang enak apabila seoranglelaki telah berani mencerca Sultan Johor apabila berjaya memiliki nombor plat kenderaan “WWW 1” itu.Lelaki tersebut telah mempertikaikan dari mana sumber wang yang digunakan oleh Sultan Johor untuk membeli nombor plat itu di laman sosial Facebooknya.Malah, dia juga berani mengeluarkan kata-kata kesat mengutuk Sultan Johor dan kerabat di-Raja yang lain.“Kenapa nak beli nombor plate samapi Rm5230K pasal nak no plate WWW1.. ****h punya Sultan.. That why I hate rotal people yng guna duit cukai rakyat semata-mata nak beli benda2 x guna. no plate WWW1 buat dia masuk syurga ke? Kalo la Rm520k buat amal jariah bukak sekolah tahfiz ke.. pahala dapat berganda2.. aku ada tngok seorang yang miskin keje kuli2 susah payah kumpul duit derma tuk pembangunan sekolah tahfiz.. Moga beliau dicucuri rahmat,” tulis lelaki tersebut.Ekoran tersebarnya status lelaki yang berani itu, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim telah membalas balik kenyataan lelaki itu di laman Twitternya.“JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials. The money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim. The purpose of these foundation (Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government. I my self, since the time I was Raja Muda, Never took 1 cent from the Government till this very Day. Its my Rakyat’s Money. So, before You Open you mouth. Do your research,” balas TMJ.Bagi penulis, apa yang dibalas oleh TMJ adalah benar dan tepat. Sebagai rakyat Malaysia tidak kiralah tinggal di negeri yang berbeza, seharusnya kita perlu untuk mempunyai rasa hormat kepada Sultan.Jadi, penggunaan kata-kata kesat untuk mencerca Sultan Johor adalah tidak wajar digunakan walaupun mempunyai rasa tidak puas hati.Justeru itu, lelaki tersebut haruslah berfikir secara ‘waras’ dan tidak perlu bertindak mengikut emosi hinggakan sanggup memuat naik status yang begitu berani mencerca Sultan Johor. -Sumber
Moral of the story : Jangan cakap main sedap mulut je . Mind Your Own Business (MYOB) (:
Kalau aku pun , dah ada banyak sangat duit , melempah-lempah apa ada hal setakat RM520k tu. ye dak ?
kbye .
No comments:
Post a Comment