JANGAN KLIK !

Monday, September 20, 2010

2
Komen
Justin Bieber - Baby ft. Ludacris official music video PARODYtin bieber

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

tadi jalan jalan kat YOUTUBE , nak tengok J-U-S-T-I-N B-I-E-B-E-R . ok , ini bukan JUSTIN BIEBER . ini mungkin saje JUTIMAH BIBIRR MUAHH MUAAH atau mungkin juga abang kepada si BIEBER nie , memandangkan spesis pesen rambut yang melekap terus seperti di gam di kulit kepala , memang kebarangkalian untuk mengesyaki abang Justin Bieber busuk hati nak mensabotaj si adik beliau justin bieber .. .. mebi laa .. nah ! enjoy the showw .. huuhu

mungkin sekarang nie dah jadik trend kudd , simpan wambut paras dahi sampai la agak agak dahi tu dah tertutup litup ,  pastuhh pakai lipsICE banyak banyak sampai la bibir melekit lekit , barulahh orang akan panggil kite J-U-S-T-I-N family , marilahh kite meramaikan keluarga justin !! 



tengok video nie banyak kali dengan subtitle berulang kali mungkin baru akan faham maksud yang nak di sampaikan , baby baby baby ooo0ooo , nooooo ~ huhuuu
Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Saturday, September 18, 2010

5
Komen
SEPTEMBER CUMMING !!

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤ ulaaallaaa .. hehehh ,kali nie ajeem nak g tau kelebihan bulan SEPTEMBER , u noe September ? dalam banyak banyak bulan , ajeem sumpah sangat sayang bulam september , tak sabar nak tunggu bulan september datang & tak mahu bulan september pergi =__= . sedehh .. bulan September nie sangat sangat penting berbanding bulan bulan yang ada .. tahu sebab ape ?

 bukan ini bulan yaa





juga bukan WAU BULAN ya




masih juga bukan





yezza ! inilah dia bulan yang kita cari , BULAN SEPTEMBER !!




ini filem TENTANG BULAN , tp ajeem bukan nak mengupas filem TENTANG BULAN uke , hu2



sebab kalau tak ada september ade ke bulan Ogos ? **silatepuktangan** ..ok , september nie special sket sebab sebelum bulan september muncul rakyat MALAYSIA  akan menyambut HARI KEMERDEKAAN , ya ..memang meriah ..seperti simbolik yang menyambut kedatangan bulan september (korang tak perasan ke ?hu2)



ok la , straight to the point laahh .. aku puji abis bulan sepember sebab bulan ni bulan kebanggan aku . BULAN NIE LA AKU UEEKK UEEKK ! huhu . comel betul aku masa kecik , tak caya tanya TOK PIAH , alamakk , bukan je lahir bulan september , aku .. **omaigod omaigod** (kelam nya aku) Aku yang telah selamat dilahirkan dengan wajah yang kachak nie memang bertuah sebab lahir pada 16 September , sumpah aku jeyless tengok baby baby kat bawah nie . aku anggap masa aku lahir dulu pun ade press kerumun ibu aku and aku yang baru lahir ..


masa aku lahir tu macam ni gakk ehh .. wuhuuu , hebat , aku masuk paper .


KONTES 'BIRTHDAY WISH' BERBELIT NAFAS 

haaa !! apa dia !! terkejut haa , ape ? engat ajeeem punya blog nie tak mampu kee nak wat KONTES cam blog yang picisan yang lain ke , tengok kaki la beb , sape lagi wangi .. ok , sudehh sudehh , mukadimah yang sangat merapik ,

mesti ramai yang nak tau kan kontest ape kann , kontes nie dibuat secara diam diam dan senyap senyap supaya tak de sape yang tahu , tapi masalah nya ajeem nie kan ehemm ehemm , **faham faham sudehh** huhu . 

PEMENANG di adili berdasarkan tiga kategori :


kategori PALING AWAL WISH ::



tu dia nurul husna hasnan , bakal chef , orang bumi yang di percayai paling awal wish dengan slogan 

 'hapy birthday'

tengkiu , husna , ^__^



ok yang kedua di sandang pula oleh cik hajar izwani jaafar , yang bernaung di bawah kategori 'PALING LEWAT WISH'

HAJAR , 3 3 nie hajar , tp yang wish hajar yang kat tengah , mintak maap ea kakak kakak hajar , terblurr laa , hehehee
hajar dipercayai kaum bumi yang di percayai paling lewat sekali meng'wish bufdai ajeem . tetapi dengan gigih menaip slogan ...::::














happy birthday...!!^_^
ak lmbt wish la..sorry...


haa, ape lagi , bagi lahh ayam gureng selori dua , huh , tak silap 5 tahun ajeem sekelas ngan hajjar nie , dia pun tak lokek ilmu , mane yang ajeem kurang hajjar , hajjar akan sepantas kilat tolong hajjar kann .. tengkiu , hehe


ok , seterusnya , pemenang mingguan , juga di percayai terkinja kinja mahu menjadi orang yang pertama nak wish bufdai aku , jatuh tergolek kepadaaa , MOHAMAD ZULHARITH MOHD YUSUF dengan slogan yang panjang dan amat bermakna , sebagai seorang kawan yang paling aku rapat , ..::












...::::selamat lahir ke muka bumi ajeem . alamdulillah . kau dah makin besar .
aku doakan semoga kau panjang umo , dmurahkan rezeki , dilimpahi dengan
senyum yang lagi2 manis lepas ni . terima kasih sudi jadi kawan baik aku
. aku hargai kau sangat2 , :)


dengan bernaung di bawah kategori akukawanbaikkoakusajenakbagikoteruja 'THE WISHES YANG PALANG BERMAKNA' dengan ucapan yang sangat dramatis , mengalahkan AWIE mengayat ERRA FAZIRA dalam filem SEMBILU (woooo!). aku merasakan sangat dihargai , kerana dirimu begitu beharga , ceewahh !!
terima kasih kawan , dengan ucapan yang sangat bermakna untuk aku , walaupun aku tau sekarang ko dah tak nak kawan aku dah , terima kasih kerana pernah jadi kawan aku yang paling rapat , aku tahu aku banyak salah , ko tak dapat maafkan aku lagi kann , tak pe la . kalau kau perlukan seseorang untuk cerita kan masalah , jangan la lupakan aku sebab aku tak pernah pulakan ko . cheers ^__^
for more info berkenaan mamat nie sila TEKAN SINI KUAT KUAT tau , 

di kesempatan ini ajeem nak ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR & BATIN . maafkan ajeem sekiranya sepanjang mengenali diri ajeem dalam dunia blogging nie , ajeem ade sakitkan hati , lukakan hati , ter copy paste , tertiru , terkasar bahasa , terkutuk , maaf kan ajeem , zulharith , ko punn maaf kan aku , aku tak tau mane lagi nak jumpe kawan serapat ko , maafkan aku , kontek la aku balik tau , ^___^
sayang lebih =___=


sape sape yang nak kad raya dari ajeem , tu haa , kat bawah nie ada , nak copy paste punn boleh , amek je  , SELAMAT HARI MALAYSIA readers 


amekk kau , khas untuk pembaca cakapgunajari . ajeem nak pos tak tau alamat , ok yang nie , sila la amek sorang satu , ajeem tak marah kalau nak copy paste tau , ^.^










ikhlas daripada muhammad nazemie zainudin , harap anda terima kemaafan dari saya , dari tangan ke hati 


Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Thursday, September 16, 2010

2
Komen
GAMBAR PEMBUNUH DATUK SOSILAWATI LAWIYA

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤ Gambar-gambar penjenayah yang diSYAKI..


oii , kejam nya kamu . isshh





haa , tgk ..padan muka . kan dah kena tangkap . hukum bunuh je . tak pun seksa dato nie sampai mati . baru fair and square ,


tersorry sangat sangat tau , saya dah lama tak dupdate blog , medi alasan ter buzy boleh di terima . namun saya akui yang saya sudah matang . saya sudah sembilan tahun hari nie . selamat hari malaysia kepada readers readera cakapgunajari . ajeem sayang kamu semua . <3
Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Tuesday, September 14, 2010

2
Komen
Senjata cangkuk diguna bunuh Sosilawati

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



ANGGOTA forensik bersama  jam tangan (dalam bulatan) yang ditemui ketika  mencari  bukti kes bunuh Sosilawati di Sungai Kanchong Laut.

ANGGOTA forensik bersama jam tangan (dalam bulatan) yang ditemui ketika mencari bukti kes bunuh Sosilawati di Sungai Kanchong Laut.
BANTING: Senjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut.
Dalam operasi bermula jam 4.30 petang yang turut mendapat bantuan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin, polis bagaimanapun hanya menjumpai seutas jam tangan dipercayai milik seorang mangsa, manakala cangkuk berkenaan gagal ditemui.
“Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu, termasuk senjata terbabit, menghadapi kesukaran kerana air sungai terlalu keruh dan cetek,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari bahan bukti itu terpaksa dihentikan, kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap.

Kelmarin, polis menemui beberapa spesimen, termasuk tulang dipercayai milik mangsa yang dibuang dalam Sungai Mesuk dan Panchau. Beberapa barang peribadi mangsa turut ditemui daripada beberapa suspek dan di tempat kejadian, termasuk jam tangan Sosilawati.

Pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, terbongkar selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa sejak 30 Ogos lalu. 
Sementara itu, tinjauan di firma peguam terbabit di Jalan Sultan Alam Shah di sini, mendapati premis itu ditutup dan diletakkan garisan polis, petang semalam.

Difahamkan, premis itu adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek.

Sumber memberitahu firma guaman itu dipercayai lokasi urus niaga di antara suspek dan mangsa dilakukan sebelum ini, manakala tinjauan di rumah suspek utama di Taman Cempaka di sini mendapati ia tidak berpenghuni dan berkunci.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa dua beradik peguam itu dipercayai tiba di tanah air malam kelmarin selepas sebulan bercuti di India sebaik dimaklumkan mengenai penahanan kedua-dua anak mereka. 
Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Thursday, September 9, 2010

7
Komen
RESEPI TAT NENAS SEDAP

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
hola , selamat hari raya , dah beli kuih , ? , belummm ! tunggu ape lagi ? sok raya lahh .. tak ape .. ajeem ada satu resepi nak kongsi dengan readers ajeem .. percayalah ianya SEDAP ! huhu ..

resepi nya sangat mudah , ajeem curik resepi nie dari laci kabinet kat dapor tadi . acteli dah lame nak post . tapi encet ilang lak , untuk yang sedang terpinga pinga , ajeem punya encet hilang dah seminggu . tapi semalam baru jumpa . nak taw lebih lanjut TEKAN SINI ^__^


mudah sangat , apa yang kita perlukan adalah -->

125 grams butter (buttercup taw , baru sedap )
50 grams caster sugar (tebu mali)
1 egg yolk . (kuning sahaja )
1/2 teaspoon vanilla essense (perisa vanilla *tu pun tatau )
20 grams custard flour (tepong kastat laa)
40 grams corn flour (corn = jagung . tahu jagung ?)
160 grams plainflour .
pineapple jam (tentu lahh jem nenas , jgn gatai letak jem kaya oke .)

masuk mentega dalam mixer 


masuk gula

masuk kuning telur . **comel kan kan **

masukkan pula segala tepung yang ada , jagung , kastad , dan gandum . mix kan tau . :)) jgn lupa perisa vanilla

yess , add pewarna kuning tau , nak bagi kaler tat kita menyerlah ^__^

shape kan comel comel . kalau bolah bukak cincin . cincin mengandungi kuman terlindung kalau anda tatau . btw . yang susun ni bukan sekali aku . 

sepat ronggeng nie jadik asisten aku kejap . =P
hangat kan kuali oven 180 c for 15 - 20 min . 



hahaha , dah siap lahh .. nie la hasil nya .. harap bersabar .. memang mudah .. sape sape nak order pun boleh . hehe
 =____=

p/s : puas nak translate , ibu salin resepi dalam english .. adehh =P
Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

0
Komen
kuih raya Datuk Sosilawati Lawiya

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
semalam ajeem jalan jalan kat laman web rasmi Berita Harian .. saje nak amek tau perkembangan datuk sosilawati , pengasas produk kecantikan nouvelle visage . jumpak la ini . -->



KEDAI perusahaan kerepek yang dikunjungi Sosilawati di Kampung Sungai Lang, Banting, kira-kira jam 4 petang 4 Ogos lalu.
Jutawan kosmetik belanja RM200 beli pelbagai jenis kuih raya

BANTING: Seorang pekerja Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang di sini mengesahkan melayan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, ketika jutawan kosmetik itu mengunjungi kedai kerepek berkenaan kira-kira jam 4 petang, 30 Ogos lalu.
Pekerja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 26, berkata Sosilawati datang bersama seorang lelaki yang dipanggil sebagai `Kamal' dipercayai pemandu peribadi jutawan kosmetik itu, Kamarudin Shansuddin, 44.
Difahamkan, pengasas Nouvelle Visages itu mengunjungi kedai berkenaan untuk membeli pelbagai jenis kuih raya dan kerepek yang hendak dihadiahkan kepada kakitangannya sempena Aidilfitri. 

"Saya melihat Sosilawati menaiki kereta BMW X5 berwarna hitam bersama seorang lelaki yang dipanggil Kamal dan kenderaan itu diletakkan betul-betul di hadapan kedai.

"Sepanjang lebih sejam berada di dalam kedai, saya ditugaskan melayannya untuk memilih beberapa jenis kerepek dan biskut raya," katanya yang bertugas secara kontrak selama sebulan di kedai itu.

Ina berkata, antara kerepek dan biskut dibeli jutawan kosmetik itu ialah kerepek jejari bilis, pisang, bawang, biskut Almond London, Dam dan sanggul Mak Dara.
"Beliau (Sosilawati) berbelanja lebih RM200 dengan membeli semua jenis kerepek dan biskut. Sebelum beredar, beliau sempat membeli 10 cawan jeli kelapa yang turut dijual di sini," katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam. 
almond london

jejari bilis

biskut dam

kerepek pisang

kerepek bawang

jangan tanya ini apa . kak gugel yg bagi pix nie . katanya ini Sanggul Mak Dara . ntah .


Ina turut dimaklumkan oleh Sosilawati yang pada Aidilfitri kali ini beliau tidak mahu memberikan duit raya sebaliknya mahu menghadiahkan kerepek dan kuih raya kepada semua pekerjanya.

"Sepanjang berada di kedai ini, Sosilawati ada meminta pendapat saya mengenai kerepek dan biskut mana yang sedap dan patut dibeli dan beliau juga ada meminta pendapat Kamal.

"Selepas selesai membuat pembayaran di kaunter, saya menolong beliau (Sosilawati) mengangkat semua barangan yang dibeli hingga ke hadapan kedai dan Kamal memunggahnya ke dalam kereta," katanya yang melihat Sosilawati memakai baju blaus berwarna merah jambu dan pic, kasut sukan berwarna hitam dengan jahitan kuning serta memakai seluar 'legging' hitam.

Lelaki bernama Kamal itu pula dikatakan memakai kemeja lengan pendek dengan warna seakan-akan warna blaus Sosilawati dan berseluar gelap.

"Saya juga sempat melihat mereka beredar meninggalkan kawasan kedai dan tiada kenderaan lain beredar bersama kenderaan dinaiki mereka,” katanya.

Sementara itu, pemilik Fazz Enterprise Kerepek House, Mahmudin Abas, 55, berkata ketika Sosilawati datang ke kedainya, beliau berada di kediamannya yang terletak kira-kira 20 meter dari kedai.

"Bila dimaklumkan Sosilawati datang, saya terus datang ke kedai untuk melihat dan memastikan beliau dilayan sewajarnya. Saya juga nampak kereta BMW X5 bernombor WTL 11 diletakkan di hadapan kedai,” katanya.


p/s : tatau kenapa ajeem tertarik nak post segala perkembangan kehilangan Datuk Sosilawati . tengok lahh ajeem akan turut siasat . kalau readers ada pendapat sila lah komen di bawah taw . i really want to know your opinion ^__^ 
Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Wednesday, September 8, 2010

2
Komen
perkembangan kes kehilangan Datuk Sosilawati

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
SUBANG JAYA: Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, sejak seminggu lalu semakin terungkai berikutan penemuan dua kereta mewah, masing-masing miliknya dan milik peguam sivilnya di sini, malam tadi.
Kereta jenis BMW X5 warna hitam bernombor pendaftaran WTL 11 milik Sosilawati ditemui seorang penduduk di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di sini, kira-kira jam 8.30 malam sebaik butiran kenderaan terbabit disiar Buletin Utama TV3.


Ia ditemui diletakkan di tempat letak kereta apartmen berkenaan dengan pintu tidak berkunci tetapi bahagian dalamnya tidak berusik.
Kereta jenis BMW 525i warna biru bernombor pendaftaran AAJ 5 milik peguam sivil Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim pula ditemui diletak di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya kira-kira jam 9 malam hasil maklumat awam.
Difahamkan, kereta Ahmad Kamil ditemui dalam keadaan baik tetapi terdapat kesan lumpur.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah ketika dihubungi mengesahkan penemuan kedua-dua kereta berkenaan.
Sementara itu, pengusaha warung, Norizal Othman, 31, yang menemui kereta mewah milik Sosilawati, berkata beliau mengesyaki sesuatu selepas kenderaan mewah berkenaan diletakkan di situ sejak seminggu lalu.
Di kawasan ini memang banyak kereta mewah disimpan. Jadi, kehadirannya menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi agak lama ia diletakkan di situ tanpa diambil sesiapa.
Bila TV3 menyiarkan nombor pendaftarannya dalam Buletin Utama malam tadi, saya terus teringatkan kereta itu lalu memberitahu Jawatankuasa Penduduk Apartmen Angsana yang kemudian menghubungi polis, katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, Norizal tidak dapat mengenalpasti mana-mana individu meletak kereta itu di tempat letak kereta berkenaan.
Kereta itu memang ditemui dalam keadaan sudah diletakkan di situ. Siapa yang memandunya memang saya tidak perasan tapi memang sudah lama ia di sini,” katanya.
Seorang lagi saksi, Roslan Abd Rahman, 46, berkata beliau nampak seorang lelaki Melayu dalam lingkungan 30-an meletakkan kereta itu di situ.
Keadaannya mencurigakan… tengok keadaan sekeliling kalau gerak-gerinya diperhatikan. Saya tidak tahu kereta itu milik Datuk Sosilawati sehinggalah keluar dalam berita, katanya.

p/s : hari ni dah duapulohlapan ramadhan , lagi dua hari saja lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri . moga moga usaha mencari kesemua yang hilang akan suksess :)) aminn 
Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

2
Komen
Sosilawati Lawiya Hilang !

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik yang juga bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu bersama tiga individu lain dipercayai peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank.
Kehilangan Sosilawati menimbulkan misteri kerana sehingga malam tadi polis masih belum dapat mengenal pasti motifnya, malah ahli keluarganya juga tidak menerima sebarang panggilan menuntut wang tebusan.
Menurut sumber, pengasas empayar produk kecantikan Novelle Visages itu dikatakan keluar dari banglo mewahnya di Taman Harmonis, Gombak di sini pada 30 Ogos lalu untuk meninjau projek terbarunya di Banting dan sepatutnya pulang tiga hari selepas itu.



Sosilawati dikatakan memberitahu anak-anaknya yang beliau akan ke Banting selama tiga hari untuk perbincangan perniagaan.
Bagaimanapun, selepas tiga hari tidak pulang ke rumah dan usaha menghubungi telefon bimbitnya juga gagal, anak-anaknya membuat dua laporan polis memaklumkan kehilangan ahli perniagaan itu, katanya.
Difahamkan, selain pemandunya, Sosilawati turut ditemani dua lagi individu. Ketiga-tiga individu itu juga tidak dapat dikesan sehingga malam tadi.


Berdasarkan maklumat diterima, tiga individu yang bersama Sosilawati ialah peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank yang mengikuti ahli perniagaan itu untuk meninjau projek terbarunya di Banting, katanya.
Kali terakhir Sosilawati dilihat di khalayak ramai ialah pada 28 Ogos lalu ketika menghadiri majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Dua hari sebelum itu, Sosilawati menghadiri perbicaraan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta terhadap bekas suaminya, Nash atau Nasharuddin Elias.



Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan pihaknya menerima dua laporan dibuat ahli keluarga jutawan berkenaan berhubung misteri kehilangannya.
Pengadu (anak Sosilawati) memberitahu ibunya tidak pulang pada tarikh sepatutnya, selain mereka gagal mengesan dan menghubunginya.
Sama ada kehilangannya mempunyai unsur jenayah atau tidak, itu semua sedang disiasat. Setakat ini, kejadian diklasifikasikan sebagai kes orang hilang kerana keluarganya belum menerima apa-apa panggilan menuntut wang tebusan, katanya.


Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Rakan Cop melalui talian 03-2115 9999 bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan.
ps -> masa mula mula dengar berita kehilangan datuk sosilawati hilang . aku betul2 terkejut plus seram . sumpah . ta typo . kesian sgt . aku doakan cepat2 la temukan datuk . kesian kat anak2 datok yang menanti di rumah tu dengan penuh harapan .
Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤