JANGAN KLIK !

Sunday, May 20, 2018

0
Komen
NAK BELI KERETA TERPAKAI ? BARU ? IMPORT ? BACA SINI DULU

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
Assalamualaikum,
& salam Ramadhan ke-4



Saya cuma nak kongsikan kat sini pengalaman saya membeli kereta terpakai di 

ROHAYA MAJU ENTERPRISE 
(TR0068220-U)




(details syarikat saya ambil padal business card yang dealer bagi)








yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Saya berurusan dengan Encik Abdul Rahman Bin Che’mat.

Saya telah pergi ke kedai kereta tersebut setelah melihat pada iklan di Mudah.my pada 12 Februari 2018 yakni tarikh yang telah berlalu lebih tiga bulan lalu.

Saya & rakan telah ke sana (kedai kereta) dan melihat keadaan kereta yang di iklankan di Mudah.my tersebut dan bersetuju dengan harga yang di tawarkan. (LINK ACCOUNT MUDAH.MY)

Dealer , Encik Abd Rahman Bin Che’ Mat telah meminta saya supaya meletakkan sejumlah wang sebagai ‘booking’ untuk kereta tersebut. Saya berunding dengan dealer kereta dan bersetuju untuk membayar RM 1,000.00 secara tunai pada beliau. 


(TERUS BOOKING RM1000.00)


Kira-kira 2 minggu selepas saya menunggu kereta yang tak ada berita, saya pun menghubungi Encik Abd Rahman Bin Che’ Mat berhubung proses jual beli kereta tersebut. 

Melalui apa yang di bincangkan tempoh hari, masa yang di ambil untuk bank lulus adalah dalam 3 hari ke 7 hari. Namun pada minggu yang ke-2 saya tidak menerima apa apa panggilan daripada bank berkaitan pembiayaan sewa beli kereta saya. Ini yang menjadi tanda tanya kerana saya telah pun menjual kereta yang saya gunakan sebelum ini (untuk di jadikan deposit) 

Dealer kereta, Encik Abd Rahman menyatakan yang tempoh 2 minggu adalah masih awal. Ada customer lain yang bekerja sebagai pensyarah bergaji besar pun 3 minggu baru lulus. Saya pun terdiam. Ialah, dealer kereta compare saya yang bekerja sebagai pencacai ni dengan pensyarah. 

Saya mendapati, syarikat Rohaya Maju Enterprise & Moga Motors tidak seperti yang saya harapkan. Sepatutnya mereka cuba untuk bandingkan dengan benda yang lebih baik. Contohnya sekiranya saya menunggu 2 minggu, sepatutnya mereka compare dengan pelanggan lain yang 3 HARI dah lulus loan.

Mengikut kata dealer kereta, Encik Abd Rahman bin Che’ Mat, beliau telah menghantar dokumen saya di Public Bank. Saya juga meminta supaya dealer kereta menghantar dokumen saya ke bank-bank yang lain. Dealer kereta ada memberi tahu yang loan saya di Public Bank tidak lepas. Allahu, bertambah curiga saya pada syarikat ni.  Katanya submit pada Public Bank, tapi saya langsung tak terima apa apa panggilan dari bank tersebut. Sedar-sedar loan saya tak lepas (public bank). 

Akhirnya, dealer kereta nampak lebih cerdik, selepas lebih sebulan tanpa khabar berita, barulah dealer kereta ke Eon Bank (untuk mencuba loan ke-2). Saya pun tidak pasti pada tahun 2018 masih wujud Eon Bank tersebut. 

Dan seperti yang saya jangkakan, loan Eon Bank jugak tidak lepas. Saya tidak terkejut. Saya juga ada menyatakan hasrat untuk membatalkan urusan jual beli tersebut melalui perbualan whatsapp namun tiada balasan yang saya terima. 

Loan seterusnya setelah loan Eon Bank tidak lepas ialah Cimb Bank. Kalini barulah ada staff Cimb Bank hubungi saya. Allahuu Allahuu Allahuu. Syukur saya pada tuhan akhirnya saya dah boleh nampak dealer saya tu ‘bekerja’. 

Sebelum terlupa, pada 28 February 2018, dealer ada tergesa-gesa menghubungi saya dan meminta saya memasukkan RM 13,000.00 ke akaun syarikat dengan segera. Namun, saya tidak mempunyai wang sebanyak itu memandangkan saya bukanlah seorang ‘Pensyarah’ . Demi tidak menghampakan dealer, saya bersetuju untuk memindahkan wang sebanyak RM 10,000.00 ke akaun syarikat dealer tersebut. 




(Resit RM 10,000.00 saya terus masuk)



Yang menjadi tanda tanya, duit tersebut untuk apa ya ? Loan kereta pun belum ada berita tetapi dah minta wang untuk deposit . Tidak cukupkah duit booking RM 1,000.00 itu ?
Kita tinggalkan persoalan ini kereta dealer kereta je tahu asbabnya . 


Pada 26 Mac 2018, yakni selepas lebih sebulan selepas itu, saya telah meminta supaya dealer kereta memulangkan semula semua wang yang telah dealer pohon. Namun, pemintaan saya di endahkan. 


Selang 2 hari selepas itu, iaitu pada 28 Mac 2018 , SAYA SENDIRI SUBMIT LOAN pada PUBLIC BANK di cawangan berhampiran. 



Dan sebelum terlupa, jumlah kereta ‘on the road’ adalah harga kereta + (+-) RM 6,000.00 . Extra RM 6,000.00 tersebut termasuklah prosessing fee, roadtax insurance tukar nama & gst . 



Dan sebenarnya urusan bank-bank diuruskan oleh dealer bukan pembeli. Kalau pembeli uruskan baik pembeli terus beli direct dengan penjual jer. Am i right ?


Okay, selepas 7 hari saya submit di Public Bank, akhirnya saya mendapat SMS dari Public Bank yang pembiayaan saya telah lulus. Yer, 7 hari bekerja dan saya terus boleh dapat tahu keputusan . 


Persoalan saya, dealer kereta pada awal lagi telah beritahu loan Public Bank tidak lepas, tetapi bila saya sendiri submit, lulus pula . Jadi masa yang saya ambil untuk meluluskan jual beli ini adalah dari 12 Februari 2018- 9 April 2018. Hampir 2 bulan untuk loan lulus.


Perkara ini tidak berakhir sampai sini. Kereta belum lagi di ambil. Jadi saya menghubungi dealer, Encik Abd Rahman bi Che’ Mat dan meminta untuk memindah milik kereta.


Alasan yang dealer bagi, puspakom tak buat lagi, owner lama belum thumb print untuk tukar hak milik & pada hari tersebut abang kepada dealer kereta MENINGGAL DUNIA. Allahuu. Dealer, awak ni baru masuk kerja ke ? Takkan saya nak kena ajar awak semua tatacara ni. Bukankah awak boleh bersedia dari awal ? Kalau abang meninggal dunia, kedai terus tutup ke ? staff semua di beri cuti serta merta ? 


Saya mohon pada dealer untuk membuat tukar nama pada hari sabtu atau ahad di UTC Keramat namun dealer beritahu yang UTC adalah tutup pada ahad. Allahu. Bukankah tujuan UTC di bina untuk memudahkan urusan rakyat yang bekerja ‘office hour’ untuk berurusan dengan agensi kerajaan di luar waktu bekerja ? Salah kah saya ?


Setelah berbincang, dealer bersetuju untuk menukar nama pada 17 April 2018 yakni selepas lebih 2 bulan dealing dengan dealer itu. Dan kenderaan tersebut berjaya di tukar milik. 


Walaupun tukar milik berjaya, syarikat Rohaya Maju Enterprise & Moga Motors masih berhutang dengan saya sebanyak RM 1000.00 berikutan ada lebihan pada loan yang saya buat tempoh hari. Dealer, meminta saya untuk ke pejabat dealer dan berbincang mengenai perubahan jumlah insurance yang berubah. Dealer menyatakan baki yang saya akan terima adalah lebih kurang RM800.00 setelah di hitung kira. 


Kalau ikutkan saya, prosessing fee tu saya nak mintak sikit lah sebab saya pun buat kerja jugak LOL !
(sekiranya memang betul itu hak saya, saya takkan halalkan)

Baki tersebut dikatakan akan di pindahkan melalui internet banking selepas 2 minggu. Kenapa 2 minggu ? Sebab dealer nak tunggu bank disbursed & wang jual beli tersebut masuk ke akaun syarikat. EH tak mengapa, 2 minggu sekejap je pejam celik pejam celik kan.


Tapi wang baki tu adalah wang saya, yang lebih dibayar. Mengapa perlu tunggu loan disbursed? (Bisik saya dalam hati)


Maka, saya pun memandu pulang kereta tersebut dengan 1001 persoalan. Mengapa dealer melengah-lengahkan urusan jual beli kereta tersebut & mengapa saya cuma mendapat 1 kunci kereta ?



Kunci kereta lagi satu ada pada owner lama. Dan hanya satu kunci yang saya dapat. Dealer memberi tahu onwer lama akan mengepos kunci tersebut . Akan tetapi sampai sekarang, 20 May 2018 saya masih belum terima kunci tersebut. 



Ini agak merisaukan saya kerana kereta yang saya beli tersebut adalah ‘keyless entry’ . Maksudnya siapa yang ada kunci, boleh pandu dan bawak lari kereta. Sekiranya kereta saya hilang , siapa lagi yang saya boleh tuduh ? Allahu, bulan puasa ni. Sabar sabarrrr 


Sekian. 

Di sini saya sertakan sekali imej dealer kereta, Encik Abd Rahman bin Che’ Mat supaya rakan-rakan boleh berjaga jaga







P/S: sehingga artikel ini di tulis, wang baki RM 800.00 ++ & remote kereta masih belum saya terima. Walaupun dah sebulan dapat kereta.
20 May 2018 . Urusan masih belum selesai. 
12 Februari - 20 May.
Saya takkan halalkan duit saya yang encik ambil & masa yang saya telah di bazirkan. Sekiranya berlaku apa-apa pada kereta saya, saya akan terus mencari encik. 
Terima kasih kerana telah melambat lambatkan urusan jual beli ini. 
Sesungguhnya Allah SWT sahaja mampu membalas semua ini. Ameen. 

P/S/S: saya ada ‘mengugut’ Encik Abd Rahman supaya segera mendepositkan wang baki beserta kunci kereta atau pun saya akan membuat laporan polis & tribunal namun di endahkan nya. Mungkin dia pun tahu saya tak akan buat semua tu. 

Pada hari sepatutnya saya buat tukar milik hari tu, secara tiba tiba abang kandung dealer meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahirojiun. Kita tidak tahu kalini siapa pula yang meninggal. Kalau Encik Abd Rahman sendiri yang meninggal, maka kita jumpa di hari akhirat sahaja. 


SEKIAN



p/s/s/s : kenapa beria taip panjang panjang ? kenapa beria sampai masuk blog ? kenapa nak post benda ni di bulan baik hari baik?

saya taip sini sebab saya nak duit saya balik, saya post masuk blog pulak sebab saya tak nak orang lain pun rasa apa yang saya rasa. Even tak ada di tempat saya, rata rata yang tahu pasal hal ni pun rasa marah geram dengan Tuan Abd Rahman. & kenapa saya post di bulan ni ? sebab kalau nak tunggu raya maksudnya saya kena tunggu sampai lebih 4 bulan baru nak settle benda ni ke macam mana ?



Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Monday, May 26, 2014

1
Komen
#Tutorial : Cara Update Entry Guna Phone

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

 

Assalamualaikum

Kali ni gua terlebih teruja sebab first time nak update blog guna pnone. Dulu time pakai Blackberry serious tak tau nak update cemana ciss

So, ni first try gua nak update & terus nak buat tutorial krikk krikkk krikk.

Kalau korang boleh baca entry ni maksudnya entry ni successfully updated la kan hak hak hak.

Jadi benda pertama yang perlu anda ada ialah : -

1. Android phone
2. Google account
3. Google Play

Tiga benda ni je yang kita perlukan. Dah ada tiga ni kita cuma perlu search 'blogger' kat Google Play and install application tu.

Dan siap. Terus boleh try update blog guna phone. Tapi nikmat update blog guna phone ngan laptop/pc totally different. Personally best lagi guna laptop he he he.

Ape pun have a try. Tak rugi pun. Bila bila masa je boleb update.

Selamat Mencoba hek !

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Wednesday, May 21, 2014

0
Komen
#SIAPA CAKAPGUNAJARI ?

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤


ASSALAMUALAIKUM


LOL
TANYA PULAK YE 
SIAPA CAKAPGUNAJARI


WELL
CAKAPGUNAJARI NI 
DAH TAK ADA 
MODAL ACTUALLY
NAK UPDATE APA
AHAKS !



SEBAB TU LER DUK MELALUT JE
TADI GUA SAJE LA GODEK-GODEK
KAT STATS (BLOGGER.COM)




SEDIH BAQ HIANGG



VISITORS GUA UNTUK BULAN LEPAS 500 JE
SEBELUM NI ADA LA JUGAK LEBIH 1K VIEW 
WALAUPUN
TAK UPDATE 
HEK !



TAPI NI 500 JE
HAIHH




UNTUK HARI NI DAN SEMALAM PULAK
ADA LA 20 ORANG.
SEDIH SEDIH.
TAK APA LA



TAK RAMAI VISITORS PUN TAK APA
MAKSUDNYA TAK ADA STALKER
SYUKURR
HA HA HA HA HA




NUFFNANG SAYA PULAK 
DUK LAGU TU JE LA




RM28 & SEN DIA TAK INGAT PULAK
JUMLAH TU DIKEKALKAN 
TAK INGAT DAH BILA GUA SIGN-UP
NUFFNANG NI




TAPI BERTAHUN JUGAK LA
SO, NAMPAK TAK ?
GUA PUNYA BLOG NI 
HANYALAH


DI PINGGIRAN


OKAY, BYE
SELAMAT MALAM
ASSALAMUALAIKUM



XOXO






Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

0
Komen
#HEADER BLOG MERATA ? CAPLOCK SEPANJANG MASA ?

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



DULIK 


PEDULIK PULAK AKU KALAU
HEADER AKU LETAK KAT SETIAP ENTRY
HA HA HA HA
GURAU JE



SEBENARNYA AKU TAK ADA GAMBAR 
NAK LETAK
SEBAB TU AKU CUMA LETAK GAMBAR HEADER AKU
KALAU TIBA-TIBA NAK LETAK
GAMBAR NASI ARAB
TAK KENA MENGENA PULAK 
YE DOK


***************************************************

CAPLOCK SEPANJANG MASA ?




SAJE LA TUKAR STYLE KITTT
SAJE NAK CAPSLOCK SEBAB TULISAN JADI BESAR
SEBESAR GODZILLA
LOL





EH BETUL KE ORANG CAKAP GODZILLA 
TAK BEST ?



OKAY BYE
ASSALAMUALAIKUM




XOXO






Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

0
Komen
#DULU

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



DULU



DULU SIBUK PAGI PETANG SIANG MALAM PERAH OTAK 
NAK REKA CIPTA HEADER




KONONNYA HEADER TU NANTI AKAN JADI PALING 
TER-AWESOME DI ANGKASARAYA



DOK GOOGLE SANA, 
GOOGLE SINI,
CARI ILHAM SANA,
COPY SANA,
JOIN KONTES.



MACAM-MACAM SAYA BUAT
AHAKS !




TAPI ITU DULU LA.
TIME TU MEMANG GILA SIKIT.




APE-APE PUN SEMUA NAK UPDATE.
TAK FIKIR BAIK BURUK




BILA TENGOK BALIK ENTRY LAMA-LAMA,
TERUS JADI MALU TERSIPU-SIPU
BAGAI PENGANTIN 
PADA TAHUN 70-AN
LOL

*****************************************

TAK MASUK LAGI BAB





  • PROMOTE BLOG MERATA.
  • BUAT FANPAGE BLOG
  • BLOGWALKING ! 

(TAK TAU SAMPAI MANA AKU MERAYAP HAIHHH)






TAPI SEMUA TU DAH LEPAS YE DAK
TAK PERLU NAK BERIBU SESALAN




BIARLAH SEMUANYA BERLALU


"TAMPA MASA LALU, SAYA TAK AKAN BERADA DI POSISI SEKARANG"





XOXO








Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Tuesday, January 7, 2014

0
Komen
#Betullah tu

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



Assalamualaikum,



Iya, betullah tu pejam celik pejam celik kelopak mata ni sampai dah tak sedar saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, bla bla bla Zzzz (tamat mukadimah)



Okay letak tepi mukadimah merepek tu =..='' . Sekarang dah masuk tahun baru masihi dah pun woi. 2013 telah pun meninggalkan kita, maka giliran kalender 2014 pulak yang akan mengambil alih posisi tahun masihi ini.



Terlalu pantas masa berlalu dan saya sudah pun menganjak satu lagi angka. Agak-agak sepanjang menjalani hidup ni apa pencapaian yang membanggakan yang aku dah buat ? TAK ADA


Sedih gila kalau jawapan dia cenggitu kan. Jadi pada tahun ni aku nak buat kelainan sikit. Rasa macam nak buat sesuatu yang aku tak pernah terfikir nak buat & tak pernah fikir nak cuba. Nak tau padia ? haa kena tunggu habis 365 hari lagi korang tahu lah. miahahha (>.<)



Sebelum kita nak bertindak dan kebetulan (kebetulan ??) dah masuk tahun baru, apa salahnya abang nak buat azam. sikit. Sikit je dik tak banyak pun. Harap-harap azam abang tercapai lah. Sebenarnya azam abang nak tulis ni bukannya azam untuk tahun ni, tapi untuk dicapai sebelum Hari Raya Aidilfitri ni taww hiks. 


Contoh azam gugurl : Tahun ni akak nak kurus kan badan, nak curik jugak masa petang-petang tu nak keluar jogging . End up, at the end of the year apa yang jadi ? 

''ahh petang-petang ni TV9 ni dah kenapa tayang cerita indon best-best. Habis tu, lebihan perut yang menonjol ni nak taruk manaa!!''

Contoh azam boboy : Gua bagi tempoh kat diri gua 3 bulan je bro, 3 bulan je kau tengok lah sispek mesti ada kat depan belakang perut gua. Gua akan buktikan ! End up jadi apa ?

''gua dah banyak kali dah mention abang Kevin Zahri kat twidder mintak #tipscalori tapi tak balas pun. ahh gua give up *sambil telan pizza cap 1Malaysia''




Okay ni pulak azam abang untuk tahun ni. Ada sikit je sebab tak habis fikir lagi tapi nanti abang akan update yer kalau buah fikiran abang keluar azam baru. *mood serious mengambil tempat*

            
#AZAM2014



1. Nak ada kehidupan sendiri. Means that, tak nak bergantung degan abah & ibu lagi.
Nak cari souces income sendirik sebab saya dah dewasa.


2. Kereta sendirik. Selama ni guna kereta yang abah bagi je teringin nak beli & pakai kereta guna duit sendiri. 
Tapi baby Tenggiling abang beli guna duit sendiri tauu !


3. Nak ada syarikat sendiri. 
Sound silly yet crazy mehh KESAH pulak haha!


4. Nak sador-kan badan aka nak buat muscle. 
Haah abang azam nak sasa-kan badan abang agar otot-otot yang pejal tak segan nak keluar seterusnya abang boleh masuk pertandingan SIAPA PALING MUSCULAR yeeehaaa



Semua ni abang dah azam nak capai sebelum menjelangnya hari raya Aidilfiri nanti. Yang berbaki 4-5 bulan je lagi (sambil teropong anak-anak bulan yang comel) 




demmit apesal cepat sangat ni. Harap sesiapa yang terbaca azam abang mohon amin-kan azam abang ni yer. Moga-moga segala impian dan harapan abang pada Hari Raya ni tercapai Mwahhh.




J/J : risau nya azam tahun baru ni tak tercapai. Siap post kat blog suruh orang baca lagi erghh. Kalau tak jadi abang kena delete entry ni hahahak! SELAMAT TAHUN BARU SEMORANGGGG !!


dah lebih 7 bulan abang tak update blog ni. Rindunyaahhh 




Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Thursday, May 30, 2013

2
Komen
(Gambar) #Kereta-kereta yang aku minat (Part 1)

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
Assalamualaikumm


Ahaks, setelah berhempas memulas aku fikir nak update ape, akhirnya dapat pun idea longkang hakhakhak. Okay la jugak kan daripada tak ada apa nak di-update kan. Lagipun bukannya tulisan aku ni berbayar pun. Okay over -,,-


As you know, aku ni gila sangat dengan kereta. Benda paling best dalam hidup aku ni adalah bila pulang ke kampung halaman. Bukan sebab nak belik kampung. Tapi cuba bayangkan rumah aku kat Ipoh, travel sampai ke Temerloh, Pahang melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tu berapa banyak kereta yang awesome yang boleh aku suai kenal. OH-SEMEMANGNYA-AKU-PERAMAH-DENGAN-KERETA. Tak kira lagi time nak mendaki Genting Highland (kampung aku kena panjat Genting dulu) tu memang bersepah la orang nak test kereta mereka, tak lupa jugak aku dapat la tengok kereta 'spyshot' . Kereta 'spyshot' ni macam kereta yang belum launching. Dorang akan cuba atau pun test-drive atau lebih kurang macam test-power kereta tu la. Dorang akan tampal-tampal kereta tu dengan stiker hitam supaya orang tak tahu kereta apekah itu. Selalunya la kan, kereta spyshot ni dorang test power kat Genting.



Okay habis dah pasal mukadimah yang tak bersangkut-paut .





Sekarang jom tengok kereta kegemaran aku, hikhik


Sebenarnya ada banyak. tapi cer tengok tajuk aku tu ade part 1 kan ? haa. maksudnya ada lagi part 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. Harap peminat saya tak muntah. ahahaha. Okay kali ni aku tunjuk 5 top kereta yang aku minat la ye. Minat tak maksud nak beli. Tapi kalau ade duit memanglah aku nak beli. *oh-heavennya-kalau-dapat-beli*


1. Mazda RX-8 (1300cc)

2. Audi R-8 (4200cc)

3. Chevrolet Cruise (1800cc)

4. Kia Optima K5 (2000cc)

5. Nissan GTR (3800cc





*30 minit kemudian*
Okay disebabkan tak cukup masa aku akan update lagi untuk Part 2 pulak. Hari ni aku sertakan hambar Mazda X-8 je okay ? huhu. okay byeeeeee ZZzzzz






tengok tu sport-rim ni mengancam perghhh








sebenarnya ramai yang tak tahu kereta ni ade 4 pintu. Yes, inilah uniknya kereta ni dimana pintu belakang dia boleh dibuka dari depan.





PS : terpaksa rushing sikit sebab nak pergi kenduri ni. ahaks. kita jadi pengapit *over*

PS : entry sebelumnya pasal kereta : #(GAMBAR) 7 Kereta Mewah Idaman Kalbu & #Bila Pelajar Saudi Dah Kaya Sangat . kbye





Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Friday, April 19, 2013

0
Komen
#Mengapa orang masih ke blog saya

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
Assalamualaikum


Oh hello ebelibadiess , aku nak terharu sikit boleh tak. since aku dah lama tak update blog, bukan setakat lama tak update. Nak log-in blogger.com pun tak ade. Ye lah kan, mana nak kejar assigment yang berderet, quiz yang memanjang, menghadiri kuliah, test test test yang tak berkesudahan. and and and yang paling penting MANA NAK DAPAT LINE INTERNET HOI !




Tu je sebenarnya motif aku tak update blog ni. Serious talking man ape yang ade kat blog aku ni ? orang bukan carik pun blog aku ni hewhewhew. *sedih-mak-nak*



tapikan, tadikan, saya kan, bukak la blogger.com kita. dah siap-siap log-in kan selalunya perkara pertama yang kita buat ialah klik kat button S-T-A-T-S tu ahaks.



terkejut pakcik bila pakcik tengok ade je orang masuk blog pakcik ni alhamdulillah. Pakcik bajet dalam 20-30 je visitors tapi rupanya sangkaan pakcik melecet :')





*****TARAA*****















Cer tengok pageview semalam, 82 pageview. Yelah yelah aku tau lah sikit, tapi bagi aku memang ternganga jugak la . First sekali yang keluar dari otak aku ni. EH APE PASAL DORANG NI BUKAK BLOG AKU ,    CARIK APE DORANG KAT BLOG AKU NI, SESAT KE APE, *bermonolog aku sendirian di atas kerusi kayu*




Yelah aku pun dah lama tak update blog sorry sangat-sangat, me kinda busy lately *sumpah geli nak cakap aku busy* busy taik kucing. Nak cakap busy menelaah pelajaran tak jugak, nak cakap busy dengan aktiviti luar pun tak jugak. Tak tahu ape yang aku busy-kan selama ni *bermonolog untuk ke 150 juta kali-nya*









JJ : rajin-rajinlah masuk blog saya ni, jangan risau la earning nuffnang saya tak naik pun. Nuffnang kedekut taik hidung masin. *aku syak musuh aku la yang duk masuk blog aku ni* dengki lettewwwww .kbye mwahhhh








Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Saturday, February 9, 2013

1
Komen
# VIDEO SHILA AMZAH MENANGIS (4 GAMBAR)

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
 
 
 
 
 
Assalamualaikum,
 
 
 
 
 
Lepas lunch tadi aku bukak la youtube.com kan. Bosan gila duduk kat office ni jadi cara terbaik layan video lawak ke video yang pelik-pelik untuk me-release-kan amarah aku terhadap kebosanan ini.
 
 
 
 
 
 
Bukak-bukak youtube, tup-tup keluar gambar Shila Amzah pakai tudung putih ala-ala orang nak bertunang ext ext.
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
*haa macam ni la lebih kurang gambaran youtube tu.*
 
 
 
 
 
 
Kalau nak tau cerita yang lebih lanjut boleh terus layari laman sesawang www.youtube .com , tu pun kalau korang nak cari sendiri lah kan.
 
 
Kalau korang malas, jangan risau la sebab kat bawah sekali entry aku ni ada aku letak sekali video tu. Aku taktau nak cakap ape pasal video ni. Sebab kat office ni tak ade speaker tau. Jadi ape yang aku nampak Shila Amzah menangis sambil membisu lalu memetik gitar.
 
 
 
 
 
 
 

#1
 
 
 
 
 

#2
 
 
 
 
 
 
 

#3
 
 
 
 
 
 
 

#4
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
JJ : Mesti kompius kan kat tajuk entry aku ni, blog ni nak tunjuk gambar ke video. Nahhh dua dua aku bagi. hakhakhak. btw, video ni baru lagi tau. Kira aku ni insan terpilih gak la . Okay bye. Assalamualaikum.
 
 
JJ II : Dia nangis sebab ape weyy ? Pakcik ND Lala tak restu eh ? okay okayyy
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Friday, January 18, 2013

0
Komen
#PERHATIAN KEPADA SISWA/SISWI UITM (PERMOHONAN STIKER KENDERAAN)

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤


Assalamualaikum,









Hari ni aku akan war-war kan tentang Stiker Kenderaan. Untuk makluman pelajar UiTM Semalaysia. Stiker Kenderaan dah pun boleh di perbaharui melalui capaian dalam talian sekarang *tetiba rasa bersalah sebab ayat macam serious*




Untuk menggantikan Stiker Kenderaan yang sudah tamat pada 2011/2012 , pihak UiTM telah membuka permohonan dalam talian (online)




Bagi mengelakkan kenderaan anda disaman oleh Polis Bantuan UiTM, elok sangatlah kita sama-sama renew stiker kenderaan kita ye.


klik sini untuk memohon stiker ye :)







JJ : majulah industri automotif untuk negaaaraaa !! *tepuk tangan*




Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Friday, December 28, 2012

6
Komen
TUTORIAL : GAMBAR MENBESAR BILA MOUSE SENTUH

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤


Assalamualaikum ,




*comel tak muka saya #_# *






Ya adik-adik hari ni kita bertemu lagi dengan tutorial yang semua orang dah tahu. Tutorial yang pakcik nak ajar hari ni adalah GAMBAR MEMBERSAR BILA MOUSE SENTUH . Tutorial ini sangat mudah, sedangkan nenek pakcik pun praktikkan tutorial ini  =.='




Okay sediakan pen dan kertas kalau korang duduk kat alam ghaib. Kalau korang duduk kat alam maya macam pakcik ni haa just copy je entry ni. *pakcik kuat merepek T_T*




Dengan tidak membuang masa, pakcik pun mulakan tutorial.





LANGKAH 1 :   Log in Blogger.com > Dashboard > Design > Edit HTML

LANGKAH 2 :  Jangan lupa klik 'expend'

LANGKAH 3 :  Tekan Ctrl F serentak & cari kod ini :



<head> 


LANGKAH 4 :  Copy kod kat bawah ni , kemudian paste di bawah kod kat 'LANGKAH 3' tu .


  <style>
.post img:hover {
-o-transition: all 0.3s;
-moz-transition: all 0.3s;
-webkit-transition: all 0.3s;
-moz-transform: scale(1.2);
-o-transform: scale(1.2);
-webkit-transform: scale(1.2); }
</style>





LANGKAH 5 :  SAVE !

LANGLAH 6 :  SIAP ! & gambar anda dah boleh besar kecik besar kecik ZZZZzzzzz .






p/s : harap-harap murid-murid dapat ikut pembelajaran hari ini ^.^








Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Wednesday, December 26, 2012

3
Komen
#December Coming hoiii !

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



Assalamualaikum


Hai Hai Hai December ! hai pembaca setia blog yang tetap setia menatap entri-entry dalam blog aku ni yang dah busukkk HAHAHAK . Gila bapak lama aku tak update blog aku, tapi apa aku kesah kan. *ayat cliche gila* .




Perasan tak ? Korang perasan tak bila aku update status je, i mean update blog (malas nak delate typing error) mesti ade ayat sadis aku lama tak update blog kan. menguap doplohnam kali nak baca kan, bosan kan blog pakcik.




Okaylah , kita semua sedia maklum kan sekarang kita dalam bulan December kan. It's the end of the world YEAR ! sapa la yang sibuk cakap kiamat 21.12.12 tu haaa. Aku pulas pusat korang macam Cikgu Jasmin Janan, cikgu matematik kesayangan aku time sekolah SMT Leboh Cator merangkap Guru Matematik Terbaik Negeri Perak (kalau tak salah) tu buat kat pusat aku time aku dapat markah rendah dalam ujian percubaan seterusnya dapat A1 masa SPM ! huhhh . SILA-BACA-DALAM-SATU-NAFAS




Haaaa memandangkan ni bulan December, aku pun nak buat summary untuk  BLOG JIMMY JIMMBOO nihhh *kemmain*



enjoiiiissssssss









yeheyyyyy bulan ni aku dah dapat genapkan visitors blog aku. Akhirnya cecah gak angka 40,000 ni walaupun, walaupun aku-jarang-update. Susah gila kan nak tengok aku update blog hahahak. Bagi aku, okay lah ni hurmm kalau blog famous amos tu setakat 40,000 ni visitor untuk sehari je apa kan. hebat betul . Memandang kan blog aku ni blog picisan je, dapat sehari 100 visitors tu pun dah cukup happy dah tu ^.^







okay gambar atas ni pulak statistik. haa kemmain ayat . Ini pageview entry-entry aku yang telah selamat di-publish dan di-view oleh pembaca-pembaca blog aku sampai hari ni Selasa, 26.12.12 :)





YANG PENTING ! Top entry aku tu adalah hasil nukilan aku sendiri errrr krikkk kriiikkk , ermm sebenarnya tak adalah nukilan aku sangat pun. Aku pun godam buku resepi ibu aku. Ni resepi rahsia tahu tak. Tapi untuk pembaca blog aku, aku sanggguuup ye sanggup bocorkan *tetiba* okay kalau nak baca entry tu boleh klik kat SINI






tudiahhh aku siap letak link skalik untuk memudahkan korang masuk kat entry aku ni haaa. tak ada la nanti korang terkial-kial mencarik mana popular post blog aku *matilah riak* . okay cepat terima kasih kat aku ;;)
hehehhee












okay bye


p/s: aku nak makan jap, lepas ni aku update lain ye makcik . muahahahaa










Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

Friday, December 7, 2012

0
Komen
#Yeayy Yeayyy *lompat bulan*

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



Assalamualaikum



okay agak terencat jugak la tajuk aku tu. Kali ni aku tak nak lari dari tajuk dah macam entry entry aku yang lepas. Tajuk lain, tapi entry nun jauh ke selat tebrau *feeling masuk Singapore naik bas (T_T) *




Look, aku dah terposong. Cepat sesiapa tolong tunjukkan aku jalan yang lurus (T_T) *betulkan popiah dari Mekah made in Medan*




okay Taraaaaa ! kagum tak tengok Header baru aku . Okay , cer tengok kat bawah ni, Kat bawah ni header lama aku .


Zassssssssssss .




okay ni header lama aku. 




KOMEN AKU :   


1.Muka aku agak hina di situ.
2. Bibir aku macam besar boleh buat alas kaki dah,
3. Ponggong aku besarr macam Kim Dardisiann *aku tau ejaan aku salah*
4. FAILED.
5. Ku sangkakan ini lah Header yang paling ohsem yang penah aku reka. puihhhhhh








atotototoo ni Header baru akuuu *mengalir air mata*





KOMEN AKU :  


1. Cantik dan kacak plus maskulin sangat .
2. Sungguh eksklusif sangat se-eksklusif aku .puihhhh
3. kombinasi warna yang agak sejuk mata memandang.
4. Designer ni harus DI KETENGAHKAN !





matilah aku kalau komen-komen tu juri Vokal Bukan Sekadar Rupa yang komen. Mau berpusing-pusing telinga aku dengar tohmahan demi tohmahan yang di lemparkan . sobs sobs . Yeah , macam yang semua blogger akan buat. Header ni bukan la sesuatu yang kekal se-kekal 'lemak dengan perut' . faham tak maksud aku ? Susah la cakap dengan orang yang tak menjiwai bahasa ibunda ni. okay lah bye lah *tutup suis laptop*



p/s : terus download Header baru buat wallpaper henpon .zzzzZzzzZZZZ








#next entry#







Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤