JANGAN KLIK !

Tuesday, January 7, 2014

0
Komen
#Betullah tu

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



Assalamualaikum,



Iya, betullah tu pejam celik pejam celik kelopak mata ni sampai dah tak sedar saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, bla bla bla Zzzz (tamat mukadimah)



Okay letak tepi mukadimah merepek tu =..='' . Sekarang dah masuk tahun baru masihi dah pun woi. 2013 telah pun meninggalkan kita, maka giliran kalender 2014 pulak yang akan mengambil alih posisi tahun masihi ini.



Terlalu pantas masa berlalu dan saya sudah pun menganjak satu lagi angka. Agak-agak sepanjang menjalani hidup ni apa pencapaian yang membanggakan yang aku dah buat ? TAK ADA


Sedih gila kalau jawapan dia cenggitu kan. Jadi pada tahun ni aku nak buat kelainan sikit. Rasa macam nak buat sesuatu yang aku tak pernah terfikir nak buat & tak pernah fikir nak cuba. Nak tau padia ? haa kena tunggu habis 365 hari lagi korang tahu lah. miahahha (>.<)



Sebelum kita nak bertindak dan kebetulan (kebetulan ??) dah masuk tahun baru, apa salahnya abang nak buat azam. sikit. Sikit je dik tak banyak pun. Harap-harap azam abang tercapai lah. Sebenarnya azam abang nak tulis ni bukannya azam untuk tahun ni, tapi untuk dicapai sebelum Hari Raya Aidilfitri ni taww hiks. 


Contoh azam gugurl : Tahun ni akak nak kurus kan badan, nak curik jugak masa petang-petang tu nak keluar jogging . End up, at the end of the year apa yang jadi ? 

''ahh petang-petang ni TV9 ni dah kenapa tayang cerita indon best-best. Habis tu, lebihan perut yang menonjol ni nak taruk manaa!!''

Contoh azam boboy : Gua bagi tempoh kat diri gua 3 bulan je bro, 3 bulan je kau tengok lah sispek mesti ada kat depan belakang perut gua. Gua akan buktikan ! End up jadi apa ?

''gua dah banyak kali dah mention abang Kevin Zahri kat twidder mintak #tipscalori tapi tak balas pun. ahh gua give up *sambil telan pizza cap 1Malaysia''




Okay ni pulak azam abang untuk tahun ni. Ada sikit je sebab tak habis fikir lagi tapi nanti abang akan update yer kalau buah fikiran abang keluar azam baru. *mood serious mengambil tempat*

            
#AZAM2014



1. Nak ada kehidupan sendiri. Means that, tak nak bergantung degan abah & ibu lagi.
Nak cari souces income sendirik sebab saya dah dewasa.


2. Kereta sendirik. Selama ni guna kereta yang abah bagi je teringin nak beli & pakai kereta guna duit sendiri. 
Tapi baby Tenggiling abang beli guna duit sendiri tauu !


3. Nak ada syarikat sendiri. 
Sound silly yet crazy mehh KESAH pulak haha!


4. Nak sador-kan badan aka nak buat muscle. 
Haah abang azam nak sasa-kan badan abang agar otot-otot yang pejal tak segan nak keluar seterusnya abang boleh masuk pertandingan SIAPA PALING MUSCULAR yeeehaaa



Semua ni abang dah azam nak capai sebelum menjelangnya hari raya Aidilfiri nanti. Yang berbaki 4-5 bulan je lagi (sambil teropong anak-anak bulan yang comel) 




demmit apesal cepat sangat ni. Harap sesiapa yang terbaca azam abang mohon amin-kan azam abang ni yer. Moga-moga segala impian dan harapan abang pada Hari Raya ni tercapai Mwahhh.




J/J : risau nya azam tahun baru ni tak tercapai. Siap post kat blog suruh orang baca lagi erghh. Kalau tak jadi abang kena delete entry ni hahahak! SELAMAT TAHUN BARU SEMORANGGGG !!


dah lebih 7 bulan abang tak update blog ni. Rindunyaahhh 




Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

No comments: