Assalamualaikum,
& salam Ramadhan ke-4
Saya cuma nak kongsikan kat sini pengalaman saya membeli kereta terpakai di
ROHAYA MAJU ENTERPRISE
(TR0068220-U)
(details syarikat saya ambil padal business card yang dealer bagi)
yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Saya berurusan dengan Encik Abdul Rahman Bin Che’mat.
Saya telah pergi ke kedai kereta tersebut setelah melihat pada iklan di Mudah.my pada 12 Februari 2018 yakni tarikh yang telah berlalu lebih tiga bulan lalu.
Saya & rakan telah ke sana (kedai kereta) dan melihat keadaan kereta yang di iklankan di Mudah.my tersebut dan bersetuju dengan harga yang di tawarkan. (LINK ACCOUNT MUDAH.MY)
Dealer , Encik Abd Rahman Bin Che’ Mat telah meminta saya supaya meletakkan sejumlah wang sebagai ‘booking’ untuk kereta tersebut. Saya berunding dengan dealer kereta dan bersetuju untuk membayar RM 1,000.00 secara tunai pada beliau.
(TERUS BOOKING RM1000.00)
Kira-kira 2 minggu selepas saya menunggu kereta yang tak ada berita, saya pun menghubungi Encik Abd Rahman Bin Che’ Mat berhubung proses jual beli kereta tersebut.
Melalui apa yang di bincangkan tempoh hari, masa yang di ambil untuk bank lulus adalah dalam 3 hari ke 7 hari. Namun pada minggu yang ke-2 saya tidak menerima apa apa panggilan daripada bank berkaitan pembiayaan sewa beli kereta saya. Ini yang menjadi tanda tanya kerana saya telah pun menjual kereta yang saya gunakan sebelum ini (untuk di jadikan deposit)
Dealer kereta, Encik Abd Rahman menyatakan yang tempoh 2 minggu adalah masih awal. Ada customer lain yang bekerja sebagai pensyarah bergaji besar pun 3 minggu baru lulus. Saya pun terdiam. Ialah, dealer kereta compare saya yang bekerja sebagai pencacai ni dengan pensyarah.
Saya mendapati, syarikat Rohaya Maju Enterprise & Moga Motors tidak seperti yang saya harapkan. Sepatutnya mereka cuba untuk bandingkan dengan benda yang lebih baik. Contohnya sekiranya saya menunggu 2 minggu, sepatutnya mereka compare dengan pelanggan lain yang 3 HARI dah lulus loan.
Mengikut kata dealer kereta, Encik Abd Rahman bin Che’ Mat, beliau telah menghantar dokumen saya di Public Bank. Saya juga meminta supaya dealer kereta menghantar dokumen saya ke bank-bank yang lain. Dealer kereta ada memberi tahu yang loan saya di Public Bank tidak lepas. Allahu, bertambah curiga saya pada syarikat ni. Katanya submit pada Public Bank, tapi saya langsung tak terima apa apa panggilan dari bank tersebut. Sedar-sedar loan saya tak lepas (public bank).
Akhirnya, dealer kereta nampak lebih cerdik, selepas lebih sebulan tanpa khabar berita, barulah dealer kereta ke Eon Bank (untuk mencuba loan ke-2). Saya pun tidak pasti pada tahun 2018 masih wujud Eon Bank tersebut.
Dan seperti yang saya jangkakan, loan Eon Bank jugak tidak lepas. Saya tidak terkejut. Saya juga ada menyatakan hasrat untuk membatalkan urusan jual beli tersebut melalui perbualan whatsapp namun tiada balasan yang saya terima.
Loan seterusnya setelah loan Eon Bank tidak lepas ialah Cimb Bank. Kalini barulah ada staff Cimb Bank hubungi saya. Allahuu Allahuu Allahuu. Syukur saya pada tuhan akhirnya saya dah boleh nampak dealer saya tu ‘bekerja’.
Sebelum terlupa, pada 28 February 2018, dealer ada tergesa-gesa menghubungi saya dan meminta saya memasukkan RM 13,000.00 ke akaun syarikat dengan segera. Namun, saya tidak mempunyai wang sebanyak itu memandangkan saya bukanlah seorang ‘Pensyarah’ . Demi tidak menghampakan dealer, saya bersetuju untuk memindahkan wang sebanyak RM 10,000.00 ke akaun syarikat dealer tersebut.
(Resit RM 10,000.00 saya terus masuk)
Yang menjadi tanda tanya, duit tersebut untuk apa ya ? Loan kereta pun belum ada berita tetapi dah minta wang untuk deposit . Tidak cukupkah duit booking RM 1,000.00 itu ?
Kita tinggalkan persoalan ini kereta dealer kereta je tahu asbabnya .
Pada 26 Mac 2018, yakni selepas lebih sebulan selepas itu, saya telah meminta supaya dealer kereta memulangkan semula semua wang yang telah dealer pohon. Namun, pemintaan saya di endahkan.
Selang 2 hari selepas itu, iaitu pada 28 Mac 2018 , SAYA SENDIRI SUBMIT LOAN pada PUBLIC BANK di cawangan berhampiran.
Dan sebelum terlupa, jumlah kereta ‘on the road’ adalah harga kereta + (+-) RM 6,000.00 . Extra RM 6,000.00 tersebut termasuklah prosessing fee, roadtax insurance tukar nama & gst .
Dan sebenarnya urusan bank-bank diuruskan oleh dealer bukan pembeli. Kalau pembeli uruskan baik pembeli terus beli direct dengan penjual jer. Am i right ?
Okay, selepas 7 hari saya submit di Public Bank, akhirnya saya mendapat SMS dari Public Bank yang pembiayaan saya telah lulus. Yer, 7 hari bekerja dan saya terus boleh dapat tahu keputusan .
Persoalan saya, dealer kereta pada awal lagi telah beritahu loan Public Bank tidak lepas, tetapi bila saya sendiri submit, lulus pula . Jadi masa yang saya ambil untuk meluluskan jual beli ini adalah dari 12 Februari 2018- 9 April 2018. Hampir 2 bulan untuk loan lulus.
Perkara ini tidak berakhir sampai sini. Kereta belum lagi di ambil. Jadi saya menghubungi dealer, Encik Abd Rahman bi Che’ Mat dan meminta untuk memindah milik kereta.
Alasan yang dealer bagi, puspakom tak buat lagi, owner lama belum thumb print untuk tukar hak milik & pada hari tersebut abang kepada dealer kereta MENINGGAL DUNIA. Allahuu. Dealer, awak ni baru masuk kerja ke ? Takkan saya nak kena ajar awak semua tatacara ni. Bukankah awak boleh bersedia dari awal ? Kalau abang meninggal dunia, kedai terus tutup ke ? staff semua di beri cuti serta merta ?
Saya mohon pada dealer untuk membuat tukar nama pada hari sabtu atau ahad di UTC Keramat namun dealer beritahu yang UTC adalah tutup pada ahad. Allahu. Bukankah tujuan UTC di bina untuk memudahkan urusan rakyat yang bekerja ‘office hour’ untuk berurusan dengan agensi kerajaan di luar waktu bekerja ? Salah kah saya ?
Setelah berbincang, dealer bersetuju untuk menukar nama pada 17 April 2018 yakni selepas lebih 2 bulan dealing dengan dealer itu. Dan kenderaan tersebut berjaya di tukar milik.
Walaupun tukar milik berjaya, syarikat Rohaya Maju Enterprise & Moga Motors masih berhutang dengan saya sebanyak RM 1000.00 berikutan ada lebihan pada loan yang saya buat tempoh hari. Dealer, meminta saya untuk ke pejabat dealer dan berbincang mengenai perubahan jumlah insurance yang berubah. Dealer menyatakan baki yang saya akan terima adalah lebih kurang RM800.00 setelah di hitung kira.
Kalau ikutkan saya, prosessing fee tu saya nak mintak sikit lah sebab saya pun buat kerja jugak LOL !
(sekiranya memang betul itu hak saya, saya takkan halalkan)
Baki tersebut dikatakan akan di pindahkan melalui internet banking selepas 2 minggu. Kenapa 2 minggu ? Sebab dealer nak tunggu bank disbursed & wang jual beli tersebut masuk ke akaun syarikat. EH tak mengapa, 2 minggu sekejap je pejam celik pejam celik kan.
Tapi wang baki tu adalah wang saya, yang lebih dibayar. Mengapa perlu tunggu loan disbursed? (Bisik saya dalam hati)
Maka, saya pun memandu pulang kereta tersebut dengan 1001 persoalan. Mengapa dealer melengah-lengahkan urusan jual beli kereta tersebut & mengapa saya cuma mendapat 1 kunci kereta ?
Kunci kereta lagi satu ada pada owner lama. Dan hanya satu kunci yang saya dapat. Dealer memberi tahu onwer lama akan mengepos kunci tersebut . Akan tetapi sampai sekarang, 20 May 2018 saya masih belum terima kunci tersebut.
Ini agak merisaukan saya kerana kereta yang saya beli tersebut adalah ‘keyless entry’ . Maksudnya siapa yang ada kunci, boleh pandu dan bawak lari kereta. Sekiranya kereta saya hilang , siapa lagi yang saya boleh tuduh ? Allahu, bulan puasa ni. Sabar sabarrrr
Sekian.
Di sini saya sertakan sekali imej dealer kereta, Encik Abd Rahman bin Che’ Mat supaya rakan-rakan boleh berjaga jaga
P/S: sehingga artikel ini di tulis, wang baki RM 800.00 ++ & remote kereta masih belum saya terima. Walaupun dah sebulan dapat kereta.
20 May 2018 . Urusan masih belum selesai.
12 Februari - 20 May.
Saya takkan halalkan duit saya yang encik ambil & masa yang saya telah di bazirkan. Sekiranya berlaku apa-apa pada kereta saya, saya akan terus mencari encik.
Terima kasih kerana telah melambat lambatkan urusan jual beli ini.
Sesungguhnya Allah SWT sahaja mampu membalas semua ini. Ameen.
P/S/S: saya ada ‘mengugut’ Encik Abd Rahman supaya segera mendepositkan wang baki beserta kunci kereta atau pun saya akan membuat laporan polis & tribunal namun di endahkan nya. Mungkin dia pun tahu saya tak akan buat semua tu.
Pada hari sepatutnya saya buat tukar milik hari tu, secara tiba tiba abang kandung dealer meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahirojiun. Kita tidak tahu kalini siapa pula yang meninggal. Kalau Encik Abd Rahman sendiri yang meninggal, maka kita jumpa di hari akhirat sahaja.
SEKIAN
p/s/s/s : kenapa beria taip panjang panjang ? kenapa beria sampai masuk blog ? kenapa nak post benda ni di bulan baik hari baik?
saya taip sini sebab saya nak duit saya balik, saya post masuk blog pulak sebab saya tak nak orang lain pun rasa apa yang saya rasa. Even tak ada di tempat saya, rata rata yang tahu pasal hal ni pun rasa marah geram dengan Tuan Abd Rahman. & kenapa saya post di bulan ni ? sebab kalau nak tunggu raya maksudnya saya kena tunggu sampai lebih 4 bulan baru nak settle benda ni ke macam mana ?