JANGAN KLIK !

Monday, January 13, 2014

0
Komen
#Penipuan di Internet

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤



Assalamualikum,

Memandangkan ramai diantara kita yang lebih suka membeli belah di laman web berbanding di gedung membeli-belah, maka peniaga-peniaga atas talian (online) tumbuh bagaikan cendawan yang hidup mekar. Memasing sibuk nak buka Online Shop memasing. Well, this is wery good untuk menambah pendapatan sampingan. Jangan terkejut kalau saya cakap ada yang dengan berniaga online sahaja lebih dari makan gaji. *rasa macam apa yang aku nak cakap tak sampai je -.-*





Maka laman sosial seperti Facebook.com, Instagram, Blogger adalah antara medium peniaga online memasarkan produk mereka. Belum termasuk yang memuatnaik produk atau barang mereka di Mudah.my . Thats it. Mudah.my





Mudah.my yang kita tahu memang tempat orang memasarkan barang mereka dengan pantas. Berjuta-juta orang melayari laman web Mudah.my dan tidak hairanlah Mudah.my ramai orang persendirian menggunakan Mudah.my sebagai medium yang pantas untuk menjual barang mereka.



Penjual ramai, pembeli ramai & jangan terkejut kalau saya cakap PENIPU pun ramai. Mungkin ada yang tak terkejut dan sedia maklum semangnya ramai PENIPU yang hanya ingin mengaut keuntungan di Mudah.my. Saya salah seorang pembeli yang tertipu. Malu untuk beritahu sebenarnya bagaimana saya boleh tertipu & perasaan saya amat geram apabila barang yang di janjikan tidak sampai dirumah. Ya, saya mengunakan sepenuhnya Mudah.my dan Whatsapp untuk berhubung dengan PENIPU tersebut.



Kejadian yang berlaku begitu pantas itu amat memberi pengajaran kepada saya supaya lebih berhati-hati ketika berurusniaga di untrusted website seperti Mudah.my . Bukan menidakkan kesemua penjual di Mudah.my PENIPU tetapi berhati-hati ketika berurusan dengan pengiklan persendirian. Saya sudah membuat laporan di tribunal tetapi mereka tidak dapat proses permohonan saya kerana saya membei dengan orang persendirian. Saya turut menghantar e-mail kepada pihak Mudah.my & alhamdulillah pihak mereka pantas membalas email saya. amat memeranjatkan kerana saya fikir mereka tidak akan melayan saya.




Selepas saya mengikut arahan yang diberikan oleh mudah supaya berikan details yang saya tahu tentang penjual yang menipu tersebut termasuklah nama, header iklan, nombor telefon, nombor akaun, slip akaun statement bukti pembayaran turut saya attach-kan bagi tujuan membuktikan memang saya di tipu dan saya memohon pihak mudah supaya beri alamat penjual penipu itu supaya mudah saya menghubungi dia kerana dia tidak lagi menggunakan nombor lama. Saya amat berkecil hati pabila pihak Mudah.my hanya memberikan alamat email penjual tersebut. Agak kecewa sebenarnya pada masa itu. Iyalah masakan dia nak baca email saya pulak kan, itu pun kalau betul email tu wujud. Namun saya gagahi untuk cuba search di carian Google.com manalah tahu ada butir-butir yang boleh saya tahu. Namun tiada apa yang terpapar. Saya juga cuba cari di Facebook tetapi tiada pengguna yang menggunakan email tersebut.


Sampai sekarang tiada berita tentang penipu tersebut.


Lihat, betapa mudahnya nak menipu di Mudah.my kan ? :)


Sekiranya anda mempunyai pendapat atau cadangan mahupun pengalaman anda sendiri, jom berkongsi dengan saya di ruangan komen di bawah  ni .


ps : di entry seterusnya saya akan kongsikan wajah kacak orang yang menipu saya dan details dia serba sedikit. Mana tahu ada diantara pembaca yang kenal.




Yang Ikhlas,

Pengguna Tertipu

************************************************************************


Nota ringkas : ini merupakan pengalaman pertama saya dan saya pada mulanya tidak percaya yang saya telah pun ditipu kerana menganggap penjual semuanya jujur belaka. Kejadian berlaku dengan pantas yang membawa saya untuk mengeluarkan wang saya sendiri. Tidak sangka budak-budak yang menipu saya. Sampailah saya google 'penipuan di mudah.my' rupanya memang wujud penjual yang menipu. Yes, saya agak lurus pada masa itu. Sekian.


Tiada komen barunsur makian atau cacian disini. Terima Kasih





Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

No comments: