JANGAN KLIK !

Thursday, April 26, 2012

2
Komen
#KEMANA ANDA SELEPAS SPM ?

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
Assalamualaikum ,


okay bagi keputusan SPM 2011 sudah pun di war-warkan hampir + - sebulan yang lepas .Syabas dan TAHNIAH kepada adik adik yang mendapat keputusan yang cemerlang mahupun tidak cemerlang . Bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang pastinya tidak ada kerisauan dalam sanubari (cehh!) untuk meneruskan pengajian kan .

Bagi keputusan yang agak tidak berapa cemerlang dalam SPM, pasti nya risau dimana hala tuju selepas ini . Semuanya terletak pada diri sendiri . Tak payah sedih sedih sampai keluar air nanah sekalipun kat mata tu keputusan tu tak boleh ubah dah . SPM ni sangat-sangat penting . SPM ni la yang kita nak bawak merata . Tak perlu malu dengan keputusan kita sekiranya teruk . Itu apa yang kamu dah usahakan .
                                                    (POINTLESS =,,=)

 #Destinasi Bagi Lepasan SPM

1. Universiti
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM sudah pasti memilih universiti sebagai destinasi  pengajian mereka selepas SPM nanti. Jika anda ingin ke universiti, anda haruslah memohon UPU  lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia. Selepas itu anda boleh teruskan pengajian ke peringkat ijazah.
2. Program Matrikulasi
Sekiranya anda tidak berjaya mendapat tempat dalam program asasi melalui UPU, janganlah bersedih :) Anda masih boleh menyambung pengajian asas di kolej-kolej matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan. Sama saja dengan program asasi.
Selepas habis program matrikulasi, anda boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrikulasi ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda. Ramai pelajar-pelajar dari program matrikulasi yang memperolehi keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.
3. Pengajian Luar NegaraPelajar-pelajar yang mendapat penajaan biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negaraUKUSAAustralia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan bagi pelajar-pelajar Malaysia.
4. Politeknik, Program Teknikal dan Latihan.Jangan mudah berputus asa sekiranya anda gagal ke IPTA dan Program Matrikulasi. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran ke politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup tarikh permohonan.
Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya.
5. Kolej-kolej Swasta
Kalau beli surat khabar sekarang ni, ada banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus dan sesuai. Kalau anda mahu teruskan pengajian ke kolej, anda boleh masuk kolej-kolej yang ada nama sikit seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja.
Saya syorkan anda mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains Kesihatan sebab banyak peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra ada ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak.
6. Tingkatan 6
Ramai pelajar-pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.
Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.
7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya. Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lepas lulus temuduga anda seterusnya akan dapat melanjutkan pengajian di  mana-mana kolej yang ditawarkan.
8. Kursus Ketenteraan dan ALAM
Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan pengajian ke UPNM. Terdapat banyak caranya dan anda boleh rujuk di laman web atau buku panduan kerjaya yang terkini. Kepada yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan laut yang  mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).
9. Kursus Penerbangan
Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini. Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugara dan pramugari ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.
10. Institut Pendidikan Guru (IPG)
Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa sendiri kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.



p/s : nanti aku update lagi okehhh .




Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

2 comments:

redlomo said...

pilih jangan tak pilih.. pilih mengikut kelayakan jer..

Jimmy Jimboo (JJ) said...

@redlomo ni untuk adik-adik lepasan SPM je. saya dah tua. hhehehee