JANGAN KLIK !

Thursday, September 9, 2010

0
Komen
kuih raya Datuk Sosilawati Lawiya

Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤
semalam ajeem jalan jalan kat laman web rasmi Berita Harian .. saje nak amek tau perkembangan datuk sosilawati , pengasas produk kecantikan nouvelle visage . jumpak la ini . -->



KEDAI perusahaan kerepek yang dikunjungi Sosilawati di Kampung Sungai Lang, Banting, kira-kira jam 4 petang 4 Ogos lalu.
Jutawan kosmetik belanja RM200 beli pelbagai jenis kuih raya

BANTING: Seorang pekerja Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang di sini mengesahkan melayan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, ketika jutawan kosmetik itu mengunjungi kedai kerepek berkenaan kira-kira jam 4 petang, 30 Ogos lalu.
Pekerja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 26, berkata Sosilawati datang bersama seorang lelaki yang dipanggil sebagai `Kamal' dipercayai pemandu peribadi jutawan kosmetik itu, Kamarudin Shansuddin, 44.
Difahamkan, pengasas Nouvelle Visages itu mengunjungi kedai berkenaan untuk membeli pelbagai jenis kuih raya dan kerepek yang hendak dihadiahkan kepada kakitangannya sempena Aidilfitri. 

"Saya melihat Sosilawati menaiki kereta BMW X5 berwarna hitam bersama seorang lelaki yang dipanggil Kamal dan kenderaan itu diletakkan betul-betul di hadapan kedai.

"Sepanjang lebih sejam berada di dalam kedai, saya ditugaskan melayannya untuk memilih beberapa jenis kerepek dan biskut raya," katanya yang bertugas secara kontrak selama sebulan di kedai itu.

Ina berkata, antara kerepek dan biskut dibeli jutawan kosmetik itu ialah kerepek jejari bilis, pisang, bawang, biskut Almond London, Dam dan sanggul Mak Dara.
"Beliau (Sosilawati) berbelanja lebih RM200 dengan membeli semua jenis kerepek dan biskut. Sebelum beredar, beliau sempat membeli 10 cawan jeli kelapa yang turut dijual di sini," katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam. 
almond london

jejari bilis

biskut dam

kerepek pisang

kerepek bawang

jangan tanya ini apa . kak gugel yg bagi pix nie . katanya ini Sanggul Mak Dara . ntah .


Ina turut dimaklumkan oleh Sosilawati yang pada Aidilfitri kali ini beliau tidak mahu memberikan duit raya sebaliknya mahu menghadiahkan kerepek dan kuih raya kepada semua pekerjanya.

"Sepanjang berada di kedai ini, Sosilawati ada meminta pendapat saya mengenai kerepek dan biskut mana yang sedap dan patut dibeli dan beliau juga ada meminta pendapat Kamal.

"Selepas selesai membuat pembayaran di kaunter, saya menolong beliau (Sosilawati) mengangkat semua barangan yang dibeli hingga ke hadapan kedai dan Kamal memunggahnya ke dalam kereta," katanya yang melihat Sosilawati memakai baju blaus berwarna merah jambu dan pic, kasut sukan berwarna hitam dengan jahitan kuning serta memakai seluar 'legging' hitam.

Lelaki bernama Kamal itu pula dikatakan memakai kemeja lengan pendek dengan warna seakan-akan warna blaus Sosilawati dan berseluar gelap.

"Saya juga sempat melihat mereka beredar meninggalkan kawasan kedai dan tiada kenderaan lain beredar bersama kenderaan dinaiki mereka,” katanya.

Sementara itu, pemilik Fazz Enterprise Kerepek House, Mahmudin Abas, 55, berkata ketika Sosilawati datang ke kedainya, beliau berada di kediamannya yang terletak kira-kira 20 meter dari kedai.

"Bila dimaklumkan Sosilawati datang, saya terus datang ke kedai untuk melihat dan memastikan beliau dilayan sewajarnya. Saya juga nampak kereta BMW X5 bernombor WTL 11 diletakkan di hadapan kedai,” katanya.


p/s : tatau kenapa ajeem tertarik nak post segala perkembangan kehilangan Datuk Sosilawati . tengok lahh ajeem akan turut siasat . kalau readers ada pendapat sila lah komen di bawah taw . i really want to know your opinion ^__^ 
Haa klik la ramai-ramai ❤❤❤

No comments: